Friday, November 1, 2013

Arca Asemblaj


Arca  Asemblaj

Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to New York”, karya Jean Tinguely. Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
Arca
Perkataan arca atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sculpture berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil, mengunakan pengimpal dan menguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Arca adalah bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain kerana ciri - ciri 3Dnya.
Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Ia bertujuan sebagai seni awam yang dipamerkan di luar, tetapi kekadang juga dipamerkan di dalam bangunan awam untuk menegaskan sesuatu kepada para orang lalu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan. Arca sering dipamerkan di ruang legar hotel, kawasan bangunan institusi atau pertubuhan, bulatan simpang empat, taman rekreasi, taman kanak-kanak, kawasan peranginan, galeri, taman permainan dan ruang yang sentiasa dikunjungi orang ramai yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.Terdapat dua jenis bentuk arca iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika. Arca bentuk berfungsi merupakan barangan 3D yang boleh digunakan di samping ciri-ciri estetikanya.  Arca bentuk estetika tidak mempunyai fungsi khas tetapi merupakan bentuk ciptaan pelukis hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya sahaja. Bentuk arca estetika bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak, terpulang kepada kebijaksanaan dan pilihan pengarca yang menciptanya.

Koleksi Idea

Lakaran idea
Bentuk Siap
Rujukkan



 



No comments:

Post a Comment