Friday, May 20, 2011

KOMSAS

Dalam kurikulum sistem pendidikan kebangsaan KBSM, kesusasteraan diketengahkan dalam dua entiti yang berbeza, iaitu Kesusasteraan Melayu sebagai subjek dan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen (KOMSAS) dalam subjek Bahasa Melayu. Berdasarkan pengetahuan anda mengenai KOMSAS, bincangkan persejarahan KOMSAS pra dan pascatahun 2000 dan kewajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu dan huraikan kepentingan pengajaran KOMSAS bagi membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka.

1.0 Pendahuluan

KOMSAS merupakan akronim kepada “Komponen Kesusasteraan Melayu”.KOMSAS merupakan pendekatan baru dalam pengajaran kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan kebangsaan.Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987.Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.

Namun perubahan tersebut sama sekali tidak mengubah matlamat asal pendidikan Bahasa Melayu yang bertujuan mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani (JERI).

Hasil pembelajaran Bidang Estetika tersebut murid akan memahami,menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif. Dengan ini Komponen Kesusasteraa Melayu (KOMSAS) telah dimasukkan dalam perubahan sukatan ini dengan harapan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21 (Abdul Shukor 2000).


Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru telah diperkenalkan pada tahun 2000. Pada bulan Mac 2001 Komsas telah diselitkan dalam p&p Bahasa Melayu secara formal. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama.
Pengajaran Komsas dalam P&P Bahasa Melayu akan menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pembelajaran bahasa iaitu untuk menjadikan P&P Bahasa Melayu lebih menarik dan pada masa yang sama, memberikan kesan emosi yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan.
Mereka bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantic mahupun pragmatik. Justeru itu pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia amat kena pada masanya.

2.0 Sejarah KOMSAS
Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dicapai melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hal ini, pada 22 Jun 1999 Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah menengah aliran Sastera, Sains, Teknik, Vokasional, dan Agama diwajibkan mempelajari Kesusasteraan Melayu dan Kesusasteraan Inggeris. Bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah rendah dan atas mempelajari kesusasteraan, maka penggunaan karya sastera diwajibkan sebagai komponen dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Sejak tahun 1984 unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Namun demikian teks sastera tersebut tidak dijadikan komponen wajib yang termasuk dalam mana-mana peperiksaan awam seperti SPM atau PMR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Teks sastera yang dicadangkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu itu hanyalah tertakluk kepada pihak sekolah memilih bahan tersebut untuk diajar dalam kelas Bahasa Melayu. Teks sastera diajar dalam konteks unsur sastera bukannya komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar. Justeru itu keberkesanan dari segi pelaksanaannya masih dapat dihujah dan penggunaannya tidaklah mantap sebagaimana yang diharapkan.

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21 (Abdul Shukor 2000). Dalam perubahan ini kurikulum Bahasa Melayu digubal berdasarkan penggunaan bahasa yang merangkumi tiga bidang utama iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang Estetika (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000).

Penumpuan kepada bidang-bidang tersebut bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang kerjaya, dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang hidup mereka. Manakala dalam hasil pembelajaran Bidang Estetika tersebut murid akan memahami,
menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif.

Komsas diselitkan dalam P&P Bahasa Melayu secara formal mulai bulan Mac 2001.Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Secara praktisnya, kesemua bahan sastera tersebut duselitkan dalam bidang kemahiran berbahasa yang meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetik.

Othman (2001) dalam artikelnya ‘Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa Melayu’ antara lain menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam
pengajaran dan pemelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,haruslah wujud perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih.

Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula sejak Mac tahun 2000, iaitu semasa pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di Tingkatan 4 (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2000). Dari segi pelaksanaannya, para pelajar sekolah menengah akan mempelajari sebanyak 56 waktu dalam tempoh 26 minggu setahun bermula Mac 2000 (Jadual 1). Kementerian Pendidikan telah memperuntukan waktu yang relevan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan menetapkan konsep 4 + 2 iaitu empat waktu untuk mempelajari aspek bahasa dan dua waktu lagi untuk Komsas.

Setiap orang pelajar akan membaca 130 karya sastera dalam tempoh lima tahun persekolahan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bagi tujuan memilih karya sastera dengan mengambil kira beberapa ciri seperti isi kandungan, nilai dan pengajaran yang baik, serta aspek gaya bahasa. Judul teks yang terpilih dimasukkan dalam senarai buku teks yang diedarkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia tidak semestinya Sastera negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM . Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa markah 10 % sahaja. Antologi pula merupakan kumpulan pelbaga genre seperti puisi moden dan puisi klasik, cerpen, sedutan teks klasik dan drama.
Buku Komsas diberi percuma melalui Skim Pinjaman Buku Teks kepada mereka yang layak sahaja. Dalam subjek bahasa Inggeris juga terdapat buku Komsas. Mulai tahun 2008, semua pelajar diberi buku teks percuma ini tanpa mengira pendapatan ibu
bapa. Setiap novel dan antologi yang terpilih akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka dan lain-lain penerbit. Biasanya diterbitkan oleh DBP . DBP juga menerbitkan semua buku teks bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Penerbit lain diberi peluang menerbitkan buku-buku teks bagi subjek yang lain. Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Komsas) dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula pada Mac 2000 untuk tingkatan satu dan tingkatan empat.Kemudian, pada tahun 2001 Komsas diperluas ke tingkatan dua dan tingkatan lima . Pengajaran Komsas dilaksanakan sepenuhnya daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima pada tahun 2003 dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sulung mengambil peperiksaan dengan kurikulum baru ini pada tahun 2001, manakala calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2002.

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini.Walau bagaimanapun sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah.Bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan pemelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, haruslah wujud perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih.

4.0 Rasional
KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa matlamat. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), 2002, KOMSAS tergolong di dalam hasil pembelajaran bidang estetik. Ia diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping itu, komponen ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan dengan itu, KOMSAS diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

a. Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar;
b. Mempertingkatkan kemahiran berbahasa;
c. Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya satera; dan
d. Memupuk semangat yakin diri.

Pelaksanaan Komsas yang bermula sejak Mac 2000 antara lain bertujuan untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca.Sebelum Komsas dilaksanakan, pelajar sudah didedahkan dengan unsur atau bahan sastera dalam pendidikan bahasa.Namun, keberkesanannya dalam aspek penghayatan nilai tidak membanggakan. Hal ini demikian kerana pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada aspek input bahasa semata-semata.Aspek nilai estetik, keindahan bahasa, dan sosio budaya yang tergarap dalam karya yang digunakan itu tidak diberikan tumpuan.Sebaliknya, melalui Komsas, aspek-aspek tersebut diberikan penekanan di samping untuk meningkatkan keupayaan pelajar berbahasa.

Matlamat untuk menjadikan bahan sastera sebagai agen bagi memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera memang wajar. Sebagaimana yang dibincangkan terdahulu, banyak kajian telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa terutama sekali di Barat. Fauziah (1999) memetik bahawa penulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986), Carter dan Long (1991), Sage (1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990), menyatakan sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran Bahasa Inggeris.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosio budaya masyarakatnya.Tumpuan kepada pembelajaran bahasa semata-mata tidak memadai kerana pelajar mungkin dapat menguasai bahasa dengan baik dari aspek tatabahasanya, tetapi dalam aspek keindahan bahasa, diksi, daya intelek, daya kreatif dan
seumpamanya dapat dikuasai melalui ilmu sastera.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera.Hal ini harus disedari bukan sahaja oleh guru, tetapi juga oleh pelajar bagi mengikis sikap penguasaan ilmu bahasa dan sastera hanya untuk peperiksaan.Tetapi sebaliknya, penguasan ilmu bahasa dan sastera untuk membina dan meningkatkan jati diri pelajar.

4.0. Kepentingan
Seni sastera menjadi nadi kepada tamadun bangsa mestilah boleh menyumbang ke arah pembinaan budaya yang besar.Ciri-ciri kesusasteraan memperlihatkan wawasan yang jelas dan benar, mempertahankan kehalusan kesenimanan, mengadunkan pandangan alam dan garapan seni yang tinggi, dengan analisis dalam penerokaan setiap aspek keinsanan, boleh menghayati pergolakan jiwa dan emosi watak-watak yang ditonjolkan dan berketerampilan dalam penggunaan gaya bahasa sasteranya.

Melalui sastera sesiapa juga dapat dididik menjadi pemikir dan pemerhati yang tajam lagi kritis mentafsir pengalaman-pengalaman yang bermakna serta dapat mencabar daya kreatif pihak yang mengukir karya sastera.Selaras dengan sastera-sastera agung dunia, kesusasteraan kita mestilah merupakan sumbangan untuk memahami segala aspek kemanusiaan tanpa mengetepikan estetik dan idealisme.Secara jelas, segala kegiatan kehidupan pada zaman moden ini bersifat khusus. Kesan daripada revolusi industri terhasil pembahagian tugas yang khusus bagi proses pengeluaran.

Sastera Melayu dewasa ini jelas dimajukan sebagai salah satu mata pelajaran yang diperkenalkan di semua peringkat pendidikan sekolah secara formal.Atas dasar itulah Kementerian Pelajaran melakukan pembaharuan yang drastik dengan memasukkan komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu. Disebabkan subjek ini merupakan subjek wajib yang diambil oleh semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima, falsafah dan pendidikan diajar dan dikaji semoga dapat diterapkan dalam pemikiran pelajar tanpa mengira kaum dan aliran pelajaran mereka.Cadangan menjadikan sastera Melayu sebagai satu mata pelajaran di universiti juga harus difikirkan bagi mendidik akal budi manusia.

Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.Ini kerana dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) bahan sastera ialah pilihan utama apabila menyediakan soalan-soalan peperiksaan.

Dengan menggunakan petikan-petikan daripada bahan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalan-soalan terutamanya soalan pemahaman.Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai kata, memberikan maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih, memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang bernas dan bahasa yang baik.Oleh itu dapat dilihat bahawa bahan sastera sememangnya penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana banyak faedah diperoleh daripada bahan-bahan tersebut.Pengajaran skema sastera secara terancang dengan menggunakan model skema sastera dapat meningkatkan pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap petikan.

Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai peluang kepada guru untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat inferens, mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan .Kajian di Barat misalnya, telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa. Nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik.Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang baru dilaksanakan dalam kurikulum persekolahan negara kita dapat dibuat demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dapat mencapai objektif pelaksanaan komponen wajib tersebut.

Ramai sarjana berpendapat antaranya Shahnon Ahmad menyatakan,pendidikan kesusasteraan ini penting dalam peranannya membina pemikiran dan sahsiah manusia kerana dalam kesusasteraan itu banyak mengandungi unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi.Disamping itu kesedaran akan pentingnya penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid sekolah dan pelajar IPT memang sudah dirasakan sejak dari zaman sebelum perang lagi.

Bahan-bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sama ada sebelum atau selepas semakan kurikulum Bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 itu, digunakan untuk:
i. Membangkitkan minat dan kesedaran murid tentang bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat,
ii. Membentuk kepekaan murid tentang kelainan, keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan atau kebitaraan mutu dan gaya bahasa kesusasteraan Melayu yang memiliki ciri menghibur atau sebagainya,
iii. Meningkatkan kesedaran dan menghayati nilai-nilai moral dan etika yang wujud dalam teks kesusasteraan Melayu klasik dan moden waima yang berbentuk prosa mahupun puisi,
iv. Memupuk dan membangkitkan minat membaca karya-karya lain,
v. Memperlihatkan isi dan mesej yang sesuai dan mudah difahami,
Menyedari kepentingan ilmu pengetahuan dan cerita tentang pelbagai aspek budaya dan kehidupan masyarakatan menguasai bahasa figuratif secara tersurat dan tersirat baik yang berhubungan dengan aspek fonologi, morfologi, sintaksis semantik, pragmatik dan selok-belok bahasa Melayu yang lain.
Dengan demikian, segala unsur yang bersifat positif itu amat bersesuaian untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, untuk pembinaan sahsiah dan memperkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu.Unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang cuba diserapkan dalam pendidikan Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam membentuk budi pekerti yang mulia, jati diri, bertanggungjawab, dan berkeupayaan bagi mencapai kesejahteraan dan citra diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Hal seumpama itu pernah dijelaskan oleh para sarjana tempatan dan luar negara.

Selain itu, antara pandangan yang menarik tentang kepentingan kesusasteraan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah murid-murid berpeluang untuk membina nilai-nilai murni dan pembinaan sahsiah yang mulia. Di samping itu, murid-murid yang gemar dan rajin membaca karya kesusasteraan Melayu atau yang selalu terdedah dengannya didapati lebih memahami maksud karya kesusasteraan Melayu yang dibacanya, khususnya tentang realiti kehidupan. Malahan, dengan membaca karya kesusasteraan Melayu mereka dapat menghayati dan menyelami perasaan insan lain secara kreatif dan kritis seperti yang digambarkan dalam karya yang dibacanya itu, lebih-lebih lagi apabila bentuk, isi dan mesejnya ialah yang berkaitan dengan perihal masyarakat dan nilai-nilai kehidupan.

Bahkan, jika mereka selalu terdedah dengannya, mereka akan memperoleh wadah pemikiran, dan erti sebenar sesuatu karya kesusasteraan Melayu. Dengan demikian, individu yang membacanya akan timbul perasaan seronok akan sesuatu karya itu. Kesukaan dan kecintaan yang mendalam terhadap karya kesusasteraan Melayu menjadi punca utama baginya untuk membaca karya-karya kesusasteraan Melayu lain seterusnya.

5.0. Rumusan
Pada kesimpulannya,matlamat untuk menjadikan bahan sastera sebagai agen bagi memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera memang wajar. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa.Sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran bahasa.Nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik.

Bahasa merupakan akal budi sesuatu bangsa.Kemajuan bahasa menjadi lambang dan cermin kemajuan bangsa dan negara.Melalui bahasa dapat dikenal pasti alur pemikiran, budaya dan sastera sesuatu bangsa.Bahasa mempunyai pertalian yang begitu
rapat dengan pola pemikiran sesebuah masyarakat kerana bahasa berperanan sebagai penggemblengan jati diri budaya yang diwartakan melalui sastera.Realiti ini telah ditemui dan dihadapi oleh bahasa Melayu sebelum dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan komunikasi.

Justeru itu pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia amat kena pada masanya.Pelajar harus menyedari matlamat pembelajaran Komsas bagi memudahkan mereka mengatur strategi pembelajaran.Belajar tanpa matlamat seumpama kita belayar di lautan yang luas tanpa hala tuju. Akhirnya akan timbul tanggapan yang negatif terhadap Komsas.Ada yang mengatakan bahawa Komsas sukar dipelajari dan Komsas membebankan.Maka wujudlah rasa kurang berminat untuk membaca teks Komsas.Tanggapan yang negatif ini dapat dihapuskan jika pelajar memahami matlamat yang digariskan.