Friday, July 12, 2013

. HBML2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Semoga dapat membantu dan jadi panduan..........



Abstrak

         
Sekolah adalah satu institusi pendidikan yang sinonim dalam pendidikan seluruh umat manusia. Sejak dahulu lagi sekolah banyak memainkan peranan penting dalam penyampaian pelbagai maklumat dan ilmu dari generasi ke generasi seterusnya sehingga ke hari ini.

          Pembestarian sekolah merujuk kepada perubahan dalam penyampaian ilmu itu sendiri. Penggunaan teknologi terkini tidak dapat disangkal lagi.  Komputer, internet, pendidikan maya adalah satu cabang pembestarian tersebut. Pewujudan Sekolah Bestari adalah merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan sesuai dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini.

Para guru perlu menukarkan kebiasaan pengajaran dan pembelajaran mereka kepada kelas elektronik supaya para pelajar dapat belajar dan bagaimana untuk mendapatkan ilmu dengan cara yang betul dan terkini. Dalam proses pembestarian sekolah adalah untuk menjadikan semua sekolah lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Proses ke arah sekolah bestari ini untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing di mana kajian ini bertujuan mengumpul data atau maklumat mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Kaedah kajian secara pemerhatian tanpa disedari oleh guru tersebut. Adalah diharap agar kajian ini mempunyai nilai rujukan dan mampu menjana pemikiran bagi sesiapa yang membaca. Diharap kajian ini akan diguna pakai dalam menentukan strategi yang berkesan dalam  pengajaran dan pembelajaran.


1.0         Pendahuluan

          Sistem pendidikan di negara ini telah mengalami pelbagai perubahan semenjak mencapai kermerdekaan. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang sangat mencabar ini terutamanya dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Berdasarkan petikan di atas, ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.

“Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan kewujudan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh flagship application dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia”
                                                                (Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia)

Merujuk  petikan di atas, pewujudan sekolah bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar sama ada kuat atau lemah, kaya atau miskin dapat mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

2.0       Kajian P&P Amalan Guru Bahasa Di Sekolah.
Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat terhadap beberapa orang guru Bahasa Melayu di sekolah adalah didapati ramai daripada mereka menggunakan cara yang tersendiri dan ramai juga menggunakan strategi lama dalam pengajaran mereka.

2.1      Latar Belakang Kajian

Kajian ini  dijalankan di sebuah Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang Terengganu dengan latar belakang sekolah luar bandar. Bilangan pelajar yang mencecah 345 orang serta bilangan guru 32 dengan pelbagai peringkat umur memudahkan kajian ini dijalankan . Kajian yang dijalankan ke atas 5 orang guru Bahasa Melayu. Guru yang terpilih mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan berbeza, status usia dan tahun yang diajar.

Kajian ini dibuat bagi menentukan sama ada strategi pedagogi bestari
sesuai atau tidak dijalankan di sekolah. Dapatan dari kajian ini bolehlah dijadikan langkah awal penambahbaikan ke arah meningkatkan kualiti penggunaan strategi pembelajaran bestari di sekolah.

2.2       Pernyataan Masalah

Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari sesuai dijalankan di sekolah  bandar berbanding kawasan luar bandar. Memandangkan  kemudahan dan kelengkapan ICT terutama internet tidak selalu terganggu seperti di kawasan luar bandar. Tenaga pengajarnya juga mahir menggunakan ICT  dan boleh bertanya kepada guru lain sebagai rujukkan kerana sentiasa terdedah dengan ICT. Selain  masalah kelengkapan ICT yang terbatas guru-guru juga meng

2.3       Matlamat Kajian
 Kajian  yang dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan strategi
2.3.1    Objektif Kajian
         
Objektif yang hendak dicapai dalam kajian ini adalah:
i)          Untuk menentukan  adakah strategi..... dapat....
ii)         Untuk  menambahbaikan strategi ........dalam P&P.
iii)        Memastikan perkembangan menyeluruh individu, membangunkan murid yang seimbang dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi dan memberi peluang untuk meningkatkan kekuatan dan keupayaan individu.
iv)        Menghasilkan tenaga kerja yang berfikiran dan celik teknologi.
v)         Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan
individu.

2.4     Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan guru menggunakan  strategi.......

2.5     Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada guru tentang kepentingan  dan keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih

2.6.    Metodologi / Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan ke atas lima orang guru Bahasa Melayu. Guru yang terpilih mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan berbeza, status usia dan tahun yang diajar. Kajian dijalankan secara pemerhatian di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan tanpa disedari oleh guru tersebut.
2.0         Dapatan Kajian

2.1        Guru A
Guru ini menggunakan kaedah deduktif dalam mengajar bahasa kepada murid tahun 5. Pengajarannya banyak berpusat kepada guru. Guru banyak memainkan perana dalam memberikan ilmu. Murid lebih pasif dan mengharapkan guru dalam memberikan ilmu semata –mata. Guru banyak bercakap dan memberikan penerangan tentang kemahiran pembelajaran.
Guru ini memberikan isi – isi pentang tentang sebuah karangan. Guru menerangkan tujuan dan kehendak tajuk pelajaran yang diajar. Pelajar banyak mendengar sahaja. Akhirnya murid tersebut diuji pemahaman mereka tentang pelajaran dengan meminta mereka menulis karangan tersebut mengikut kehendak guru itu.

2.2        Guru B
Guru ini menggunakan strategi pemusatan pelajar. Guru hanya pemudahcara sahaja. Guru ini hanya menentukan tajuk sebuah karangan. Murid dibahagikan kepada  beberapa kumpulan kecil dan berbincang tentang tajuk tersebut. Murid mendapat jumlah isi yang dikehendaki dan mula membina karangan berdasarkan isi-isi penting yang mereka bincangkan di dalam kumpulan mereka.
Pada akhir pembelejaran murid menghantar hasil karangan mereka dan guru membuat penilaian terhadap hasil pembelajaran murid pada hari itu. Guru memberikan komen men genai pro dan kontra untuk dibuat perubahan dan penambahan yang sewsuai terhadap hasil karangan mereka.

2.3        Guru C
Guru ini banyak menggunakan teknik syarahan.  Beliau membuat penerangan satu persatu tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.  Guru meminta murid memerhati dan mendangar isi pelajaran yang disampaikan dengan cara tersendiri dan mereka tidak dibimbing cara bagaimana untuk mencatat pengajaran dan mengaitkan isi pelajaran dengan persekitaran mereka dan pengetahuan sedia ada mereka sendiri. Mereka dibawa jauh kepada perkara-perkara yang tidak biasa kepada mereka dengan membuka minda dan membayangkan sahaja apa yang diceritakan tanpa satu asas yang teguh untuk membentuk kefahaman mereka.

2.4        Guru D
Guru ini pula banyak menggunakan strategi mediatif dalam mengolah pengajaran dan pembelajaran. Guru ini meminta murid membaca teks dan melihat gambar. Guru bersoal jawab sekitar tentang teks dan gambar tersebut. Seterusnya meminta murid menulis ayat –ayat dan karangan tentang gambar yang murid faham. Guru juga meminta mereka menyenaraikan beberapa perkara daripada gambar dan teks yang mereka baca. Murid hanya melakukan apa yang diminta oleh guru dengan menggunakan apa yang telah disediakan untuk pembelajaran mereka pada ketika itu. Murid tidak dibawa kepada satu situasi lain yang membolehkan mereka lebih aktif dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi.

2.5        Guru E
             Guru ini menggunakan strategi Generatif.  . Guru ini hanya menentukan tajuk sebuah karangan. Murid dibahagikan kepada  beberapa kumpulan kecil dan berbincang tentang tajuk tersebut. Murid mendapat jumlah isi yang dikehendaki dan mula membina karangan berdasarkan isi-isi penting yang mereka bincangkan di dalam kumpulan mereka.
Pada akhir pembelejaran murid menghantar hasil karangan mereka dan guru membuat penilaian terhadap hasil pembelajaran murid pada hari itu. Guru memberikan komen men genai pro dan kontra untuk dibuat perubahan dan penambahan yang sewsuai terhadap hasil karangan mereka.

3.0         Refleksi

Tempoh masa kajian ini dilakukan dalam masa 1 minggu. Adalah tidak wajar  bila didapati guru-guru tersebut hanya menggunakan cara yang sama setiap hari. Berdasarkan apa yang telah dikaji adalah didapati keempat - empat guru tersebut berulang kali menggunakan strategi dan teknik yang sama setiap kali p&p. Mereka tidak menggunakan kepelbagaian teknik dan strategi dalam mengajarkan bahasa kepada murid –muridnya. Pengajaran mereka terhad dengan teknik dan kaedah yang tertentu saja.
Pengajaran hanya berkisar kepada menerima dan mengolah semula. Penggunaan unsur – unsur ceria dan menyeronokkan tidak digunakan sewajarnya dalam  menimbulkan minat dan meninggalkan kesan positif pada peningkatan minda para pelajar. Malah pengajaran mereka berkisar kepada teknik dan strategi tertentu sahaja setiap hari. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi hambar, tiada keceriaan, lebih berorientasi kepada memberi dan menerima ilmu sahaja, tidak mementingkan kesediaan para pelajar dan naluri kanak –kanak mereka. Seharusnya para pelajar didedahkan dengan situasi pembelajaran yang pelbagai untuk menimbulkan minat dan persediaan mereka menerima pembelajaran.
Memandangkan murid mempunyai pelbagai jenis kecerdasan adalah tidak wajar dan menjadi satu kerugian yang sangat besar impaknya sekira  guru tidak peka dan hanya menggunakan cara dan teknik yang sama hampir setiap hari. Guru harus sedar tentang kepekaan dan kebutuhan serta kesesuaian juga keperluan naluri semua pelajarnya. Sesetengah pelajar didapati menonjol dan sesetengahnya pula terkebelakang dan pasif, seolah –olah tidak mempedulikan pengajaran dan pembelajaran mereka.  Hal ini bukanlah disebabkan kebodohan dan ketidakmampuan mereka dalam pelajaran bahkan disebabkan cara yang digunakan adalah tidak sesuai dan tidak mampu menarik minat pelajar dengan pembelajaran yang membosankan dan tidak sesuai dan tidak menepati kehendak dan cabaran yang perlu ada untuk sesetengah pelajar itu sendiri.

4.0.    Cadangan penambahbaikan strategi yang diperhatikan.

5.0.    Rumusan

Kita seharusnya peka dengan kehendak dan perubahan anak didik semasa dan kebutuhan mereka terhadap pentingnya ilmu dalam menjana kehidupan masa hadapan yang lebih gemilang. Pembelajaran masteri merupakan pembelajaran yang membantu murid mencapai dan menguasai p&p dengan pelbagai strategi.

          Kemahiran guru menggunakan sesuatu pendekatan dan strategi dapat menghasilkan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Bagi melahirkan individu yang berketerampilan, iklim pembelajaran perlu mewujudkan situasi yang kondusif. Kejayaan pembelajaran perlu bergantung kepada perancangan harian dan jangka panjang murid yang perlu dibuat pemantauan oleh guru daripada semasa ke semasa.

Kecekapan, keterampilan dan kebijaksanaan seorang guru yang menguruskan p&p akan memastikan kejayaan perlaksanaan satu-satu strategi yang dibawa. Justeru guru harus lebih prihatin dan tingkatkan tanggungjawab dengan kesedaran bahawa perubahan demi perubahan harus dilakukan bagi memenuhi keperluan tersebut. Setiap murid mampu menempa kejayaan sekiranya kualiti p&p memenuhi keperluan mereka.

          Kecekapan dan kebijaksanaan memilih dan menentukan strategi dan teknik yang paling sesuai adalah suatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan dalam pendidikan anak- anak masa kini. Strategi yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran anak didik seluruhnya. Kejayaan sesuatu strategi dalam pendidikan pasti memantulkan kejayaan yang diharapkan.

Memandangkan generasi sekarang terdedah kepada pelbagai ruang dan peluang pembelajaran adalah wajar pendekatan demi pendekatan diambil kira begitu juga dengan penggunaan pelbagai strategi harus seiring demi generasi yang gemilang.
          Walau apa pun strategi yang dipilih, ingatlah bahawa kita sebagai pendidik harus peka dengan keadaan dan sesuaikan pengajaran kita dengan  pemilihan strategi yang sesuai pada setiap masa agar dapat mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif, penuh minat dan memberangsangkan setiap anak didik untuk terus menimba dan menggali sebanyak ilmu yang boleh.

. Dalam Pedagogi Bestari, strategi pengajaran dan pembelajaran banyak ditumpukan kepada strategi pemudahcaraan, berpusatkan murid dan strategi pembelajaran koperatif, mediatif serta metakognitif. Selaras dengan matlamat Sekolah Bestari ke arah mencapai pembelajaran optimum, murid harus diberikan peluang melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran, gaya dan cara pembelajaran masing-masing. Kurikulum yang berpusat kepada murid membolehkan kemajuan berterusan.

Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian serta maklum balas. Pengajaran bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Pembelajaran merupakan aktiviti mental dan fizikal pelajar. Ia adalah proses yang dapat mengubah sikap dan tingkah laku supaya berkembang secara berterusan dan mampu menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk kemajuan diri, masyarakat serta negara.

No comments:

Post a Comment