1.0 Pengenalan
Pendekatan bertema sering digunapakai untuk
memenuhi keperluan pendidikan asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana
menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran
artistic. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya
dan minat murid serta guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk tetapi tema meneroka
pengalaman manusia dari segi perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia
merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk
memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Terdapat tiga jenis
tema dalam pendekatan itu iaitu tema persekitaran , tema masyarakat dan tema
komunikasi
2.0 Konsep Pendekatan Bertema
Tema
memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an
array of activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong
pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek
ataupun idea tertentu.
Pendekatan bertema merangkumi koleksi
bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema.. Pendekatan
ini merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk
menghubungkan antara mata pelajaran yang merangkumi koleksi bahan aktiviti. Ini
akan mengelakkan program yang tidak tersusun berpunca daripada pelajaran harian
yang tidak berkaitan.
Unit pengajaran bertema juga
membolehkan pelajar menghubungkan antara pemahaman, sikap dan kemahiran juga
bidang-bidang kurikulum. Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan
pendekatan bertema, murid berpeluang untuk meneroka, mengalami dan mencari
peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterima pakai..
2.1
Jenis-Jenis Tema
2.1.1
Tema Persekitaran
Persekitaran
merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran fizikal
yakni
pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu
memberi
kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain.Persekitaran
sosial
dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan
sebaya
serta sokongan.
Elemen – elemen fizikal dan sosial
ini
berinteraksi
dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman
lalu,masa
dan ruang perlindungan.
Tiga
elemen dalam persekitaran
yang mempengaruhi
organisma
hidup ialah alam semula jadi,
buatan manusia
dan teknologi.
Ekosistem akan mengimbangi
alam sekitar supaya semua kehidupan
hidup dengan berharmoni. Perubahan buatan manusia terhadap
persekitaran seperti
penerokaan hutan, tapak pembinaan perumahan dan
lain-lain akan mengakibatkan kesan terhadap kehidupan manusia secara
positif atau pun negatif. Teknologi pula membawa
perkembangan dan
perubahan kepada manusia.
Teknologi juga melahirkan dunia tanpa
sempadan dan telah
memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam
Seni,
teknologi menawarkan
cara untuk mencapai
matlamat - matlamat
artistik, cendiakawan, penghasilan dan persembahan.
Teknologi yang
menarik dan hebat mampu menarik minat
dan
memotivasikan
murid- murid untuk
melibatkan diri dalam bidang kesenian.
2.1.2 Tema dan Masyarakat
Masyarakat dapat
dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu;
i) masyarakat zaman purba,
ii) zaman batu dan
iii)
masa kini.
Dalam masyarakat
manausia, sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama
untuk kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada
mereka mencipta aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti
ini diwarisi sejak turun -temurun dan menjadi sebati sehingga menjadi budaya
dalam masyarakat.
Kanak-kanak memulakan
penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian berkembang kepada hubungan
keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang besar dalam masyarakat.
Dalam
hubungan ini kita perlu fleksibel dengan memberi pertimbangan tertentu kepada
ciri-ciri kematangan sosial dan memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar
ditangani dengan sebaik mungkin disemua peringkat perkembangannya. Setiap
insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak. Setiap insan
juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti
pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga taman
bunga, tukang masak memasak makanan dikantin, pemandu bas membawa kanak-kanak
ke sekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman
dapat mempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak.
Tema
masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran
sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu
seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami
tentang masyarakat bersama dan juga pengalaman disamping mengharrgai pelgai
budaya yang wujud dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar
berdasarkan aktiviti sekitar Tema Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.
2.1.3 Tema Komunikasi
Komunikasi merupakan perlakuan tindak balas seseorang atau lebih
untuk menghantar dan menerima mesej konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit
peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang
mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya,
psikologikal sosial dan temporal.
Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi
berlaku seperti dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula
merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang
dipindah dari satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Konteks
sosio-psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status dikalangan
peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu
masyarakat dimana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal ianya
merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku.
Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh
menghantar dan menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi
organ-organ deria. Walau pun anda biasanya memikirkan tentang mesej sebagai verbal,
anda juga boleh berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda
pakai, cara anda berjalan,
2.2 Kelebihan Pendekatan Bertema
aran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk
menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Pelajar
dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang
lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh
kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan
kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi
pelbagai bidang.
Pengajaran
kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap
umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai
pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak
perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema.
Unit-unit perlu
dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang
pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan
bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai
tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami.
Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh
dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.
Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya;
iaitu guru dan kanak-kanak: Kanak-kanak dapat mendalami topik yang
disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yang
dilalui sendiri.Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.
Dengan adanya
tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema
membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan
pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam
berkenaan subjek ataupun idea utama. Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi
mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.
Selain daripada menambahkan
pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga
menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu,
bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak. Pendekatan
bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan
projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan
sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.
i) Untuk
mewujudkan suasana proses pengajaran yang
menyeronokkan dan kondusif dalam pengajaran dan
pembelajaran.
ii) Untuk menyemai daya
imaginasi melalui penerokaan,
iii) Dapat meluahkan perasaan
melalui pelbagai aktiviti berlandaskan
pengetahuan
dan pengalaman lalu.
iv) Dapat menghadapi cabaran
v) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan
releven dalam kehidupan
vi) Untuk memperbaiki kemahiran
interpersonal dan intrapersonal
vii) Menyemai nilai empati , harmoni dan
pemahaman sesama insan
yang budaya
viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh
yang
menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran.
2.3 Kelemahan Pendekatan Bertema
i) Pelajar berpeluang untuk meluahkan
perasaan berdasarkan
pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk
pergerakkan imej
visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang
diberi
(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik
melalui pelbagai aktiviti dan
kreativiti
yang tinggi
(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan
pembelajaran lebih menyeronokkan
(iv)
berpeluang untuk menyemai dan
mengaitkan idea-idea dan imaginasi
baru
(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui
aktiviti-aktiviti yang
dijalankan
(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan
kemahiran
2.4 Cabaran Pendekatan Bertema
(i)
Menguji
tahap kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata
pelajaran
(ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam
kumpulan
(iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang
mata pelajaran yang
berbeza-beza
(iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang begitu
luas
(v) sukar untuk membuat penilaian kerana
kebolehan yang berbeza