Friday, July 12, 2013

. HBML2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Semoga dapat membantu dan jadi panduan..........



Abstrak

         
Sekolah adalah satu institusi pendidikan yang sinonim dalam pendidikan seluruh umat manusia. Sejak dahulu lagi sekolah banyak memainkan peranan penting dalam penyampaian pelbagai maklumat dan ilmu dari generasi ke generasi seterusnya sehingga ke hari ini.

          Pembestarian sekolah merujuk kepada perubahan dalam penyampaian ilmu itu sendiri. Penggunaan teknologi terkini tidak dapat disangkal lagi.  Komputer, internet, pendidikan maya adalah satu cabang pembestarian tersebut. Pewujudan Sekolah Bestari adalah merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan sesuai dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini.

Para guru perlu menukarkan kebiasaan pengajaran dan pembelajaran mereka kepada kelas elektronik supaya para pelajar dapat belajar dan bagaimana untuk mendapatkan ilmu dengan cara yang betul dan terkini. Dalam proses pembestarian sekolah adalah untuk menjadikan semua sekolah lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Proses ke arah sekolah bestari ini untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing di mana kajian ini bertujuan mengumpul data atau maklumat mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Kaedah kajian secara pemerhatian tanpa disedari oleh guru tersebut. Adalah diharap agar kajian ini mempunyai nilai rujukan dan mampu menjana pemikiran bagi sesiapa yang membaca. Diharap kajian ini akan diguna pakai dalam menentukan strategi yang berkesan dalam  pengajaran dan pembelajaran.


1.0         Pendahuluan

          Sistem pendidikan di negara ini telah mengalami pelbagai perubahan semenjak mencapai kermerdekaan. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang sangat mencabar ini terutamanya dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Berdasarkan petikan di atas, ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.

“Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan kewujudan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh flagship application dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia”
                                                                (Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia)

Merujuk  petikan di atas, pewujudan sekolah bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar sama ada kuat atau lemah, kaya atau miskin dapat mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

2.0       Kajian P&P Amalan Guru Bahasa Di Sekolah.
Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat terhadap beberapa orang guru Bahasa Melayu di sekolah adalah didapati ramai daripada mereka menggunakan cara yang tersendiri dan ramai juga menggunakan strategi lama dalam pengajaran mereka.

2.1      Latar Belakang Kajian

Kajian ini  dijalankan di sebuah Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang Terengganu dengan latar belakang sekolah luar bandar. Bilangan pelajar yang mencecah 345 orang serta bilangan guru 32 dengan pelbagai peringkat umur memudahkan kajian ini dijalankan . Kajian yang dijalankan ke atas 5 orang guru Bahasa Melayu. Guru yang terpilih mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan berbeza, status usia dan tahun yang diajar.

Kajian ini dibuat bagi menentukan sama ada strategi pedagogi bestari
sesuai atau tidak dijalankan di sekolah. Dapatan dari kajian ini bolehlah dijadikan langkah awal penambahbaikan ke arah meningkatkan kualiti penggunaan strategi pembelajaran bestari di sekolah.

2.2       Pernyataan Masalah

Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari sesuai dijalankan di sekolah  bandar berbanding kawasan luar bandar. Memandangkan  kemudahan dan kelengkapan ICT terutama internet tidak selalu terganggu seperti di kawasan luar bandar. Tenaga pengajarnya juga mahir menggunakan ICT  dan boleh bertanya kepada guru lain sebagai rujukkan kerana sentiasa terdedah dengan ICT. Selain  masalah kelengkapan ICT yang terbatas guru-guru juga meng

2.3       Matlamat Kajian
 Kajian  yang dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan strategi
2.3.1    Objektif Kajian
         
Objektif yang hendak dicapai dalam kajian ini adalah:
i)          Untuk menentukan  adakah strategi..... dapat....
ii)         Untuk  menambahbaikan strategi ........dalam P&P.
iii)        Memastikan perkembangan menyeluruh individu, membangunkan murid yang seimbang dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi dan memberi peluang untuk meningkatkan kekuatan dan keupayaan individu.
iv)        Menghasilkan tenaga kerja yang berfikiran dan celik teknologi.
v)         Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan
individu.

2.4     Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan guru menggunakan  strategi.......

2.5     Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada guru tentang kepentingan  dan keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih

2.6.    Metodologi / Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan ke atas lima orang guru Bahasa Melayu. Guru yang terpilih mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan berbeza, status usia dan tahun yang diajar. Kajian dijalankan secara pemerhatian di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan tanpa disedari oleh guru tersebut.
2.0         Dapatan Kajian

2.1        Guru A
Guru ini menggunakan kaedah deduktif dalam mengajar bahasa kepada murid tahun 5. Pengajarannya banyak berpusat kepada guru. Guru banyak memainkan perana dalam memberikan ilmu. Murid lebih pasif dan mengharapkan guru dalam memberikan ilmu semata –mata. Guru banyak bercakap dan memberikan penerangan tentang kemahiran pembelajaran.
Guru ini memberikan isi – isi pentang tentang sebuah karangan. Guru menerangkan tujuan dan kehendak tajuk pelajaran yang diajar. Pelajar banyak mendengar sahaja. Akhirnya murid tersebut diuji pemahaman mereka tentang pelajaran dengan meminta mereka menulis karangan tersebut mengikut kehendak guru itu.

2.2        Guru B
Guru ini menggunakan strategi pemusatan pelajar. Guru hanya pemudahcara sahaja. Guru ini hanya menentukan tajuk sebuah karangan. Murid dibahagikan kepada  beberapa kumpulan kecil dan berbincang tentang tajuk tersebut. Murid mendapat jumlah isi yang dikehendaki dan mula membina karangan berdasarkan isi-isi penting yang mereka bincangkan di dalam kumpulan mereka.
Pada akhir pembelejaran murid menghantar hasil karangan mereka dan guru membuat penilaian terhadap hasil pembelajaran murid pada hari itu. Guru memberikan komen men genai pro dan kontra untuk dibuat perubahan dan penambahan yang sewsuai terhadap hasil karangan mereka.

2.3        Guru C
Guru ini banyak menggunakan teknik syarahan.  Beliau membuat penerangan satu persatu tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.  Guru meminta murid memerhati dan mendangar isi pelajaran yang disampaikan dengan cara tersendiri dan mereka tidak dibimbing cara bagaimana untuk mencatat pengajaran dan mengaitkan isi pelajaran dengan persekitaran mereka dan pengetahuan sedia ada mereka sendiri. Mereka dibawa jauh kepada perkara-perkara yang tidak biasa kepada mereka dengan membuka minda dan membayangkan sahaja apa yang diceritakan tanpa satu asas yang teguh untuk membentuk kefahaman mereka.

2.4        Guru D
Guru ini pula banyak menggunakan strategi mediatif dalam mengolah pengajaran dan pembelajaran. Guru ini meminta murid membaca teks dan melihat gambar. Guru bersoal jawab sekitar tentang teks dan gambar tersebut. Seterusnya meminta murid menulis ayat –ayat dan karangan tentang gambar yang murid faham. Guru juga meminta mereka menyenaraikan beberapa perkara daripada gambar dan teks yang mereka baca. Murid hanya melakukan apa yang diminta oleh guru dengan menggunakan apa yang telah disediakan untuk pembelajaran mereka pada ketika itu. Murid tidak dibawa kepada satu situasi lain yang membolehkan mereka lebih aktif dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi.

2.5        Guru E
             Guru ini menggunakan strategi Generatif.  . Guru ini hanya menentukan tajuk sebuah karangan. Murid dibahagikan kepada  beberapa kumpulan kecil dan berbincang tentang tajuk tersebut. Murid mendapat jumlah isi yang dikehendaki dan mula membina karangan berdasarkan isi-isi penting yang mereka bincangkan di dalam kumpulan mereka.
Pada akhir pembelejaran murid menghantar hasil karangan mereka dan guru membuat penilaian terhadap hasil pembelajaran murid pada hari itu. Guru memberikan komen men genai pro dan kontra untuk dibuat perubahan dan penambahan yang sewsuai terhadap hasil karangan mereka.

3.0         Refleksi

Tempoh masa kajian ini dilakukan dalam masa 1 minggu. Adalah tidak wajar  bila didapati guru-guru tersebut hanya menggunakan cara yang sama setiap hari. Berdasarkan apa yang telah dikaji adalah didapati keempat - empat guru tersebut berulang kali menggunakan strategi dan teknik yang sama setiap kali p&p. Mereka tidak menggunakan kepelbagaian teknik dan strategi dalam mengajarkan bahasa kepada murid –muridnya. Pengajaran mereka terhad dengan teknik dan kaedah yang tertentu saja.
Pengajaran hanya berkisar kepada menerima dan mengolah semula. Penggunaan unsur – unsur ceria dan menyeronokkan tidak digunakan sewajarnya dalam  menimbulkan minat dan meninggalkan kesan positif pada peningkatan minda para pelajar. Malah pengajaran mereka berkisar kepada teknik dan strategi tertentu sahaja setiap hari. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi hambar, tiada keceriaan, lebih berorientasi kepada memberi dan menerima ilmu sahaja, tidak mementingkan kesediaan para pelajar dan naluri kanak –kanak mereka. Seharusnya para pelajar didedahkan dengan situasi pembelajaran yang pelbagai untuk menimbulkan minat dan persediaan mereka menerima pembelajaran.
Memandangkan murid mempunyai pelbagai jenis kecerdasan adalah tidak wajar dan menjadi satu kerugian yang sangat besar impaknya sekira  guru tidak peka dan hanya menggunakan cara dan teknik yang sama hampir setiap hari. Guru harus sedar tentang kepekaan dan kebutuhan serta kesesuaian juga keperluan naluri semua pelajarnya. Sesetengah pelajar didapati menonjol dan sesetengahnya pula terkebelakang dan pasif, seolah –olah tidak mempedulikan pengajaran dan pembelajaran mereka.  Hal ini bukanlah disebabkan kebodohan dan ketidakmampuan mereka dalam pelajaran bahkan disebabkan cara yang digunakan adalah tidak sesuai dan tidak mampu menarik minat pelajar dengan pembelajaran yang membosankan dan tidak sesuai dan tidak menepati kehendak dan cabaran yang perlu ada untuk sesetengah pelajar itu sendiri.

4.0.    Cadangan penambahbaikan strategi yang diperhatikan.

5.0.    Rumusan

Kita seharusnya peka dengan kehendak dan perubahan anak didik semasa dan kebutuhan mereka terhadap pentingnya ilmu dalam menjana kehidupan masa hadapan yang lebih gemilang. Pembelajaran masteri merupakan pembelajaran yang membantu murid mencapai dan menguasai p&p dengan pelbagai strategi.

          Kemahiran guru menggunakan sesuatu pendekatan dan strategi dapat menghasilkan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Bagi melahirkan individu yang berketerampilan, iklim pembelajaran perlu mewujudkan situasi yang kondusif. Kejayaan pembelajaran perlu bergantung kepada perancangan harian dan jangka panjang murid yang perlu dibuat pemantauan oleh guru daripada semasa ke semasa.

Kecekapan, keterampilan dan kebijaksanaan seorang guru yang menguruskan p&p akan memastikan kejayaan perlaksanaan satu-satu strategi yang dibawa. Justeru guru harus lebih prihatin dan tingkatkan tanggungjawab dengan kesedaran bahawa perubahan demi perubahan harus dilakukan bagi memenuhi keperluan tersebut. Setiap murid mampu menempa kejayaan sekiranya kualiti p&p memenuhi keperluan mereka.

          Kecekapan dan kebijaksanaan memilih dan menentukan strategi dan teknik yang paling sesuai adalah suatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan dalam pendidikan anak- anak masa kini. Strategi yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran anak didik seluruhnya. Kejayaan sesuatu strategi dalam pendidikan pasti memantulkan kejayaan yang diharapkan.

Memandangkan generasi sekarang terdedah kepada pelbagai ruang dan peluang pembelajaran adalah wajar pendekatan demi pendekatan diambil kira begitu juga dengan penggunaan pelbagai strategi harus seiring demi generasi yang gemilang.
          Walau apa pun strategi yang dipilih, ingatlah bahawa kita sebagai pendidik harus peka dengan keadaan dan sesuaikan pengajaran kita dengan  pemilihan strategi yang sesuai pada setiap masa agar dapat mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif, penuh minat dan memberangsangkan setiap anak didik untuk terus menimba dan menggali sebanyak ilmu yang boleh.

. Dalam Pedagogi Bestari, strategi pengajaran dan pembelajaran banyak ditumpukan kepada strategi pemudahcaraan, berpusatkan murid dan strategi pembelajaran koperatif, mediatif serta metakognitif. Selaras dengan matlamat Sekolah Bestari ke arah mencapai pembelajaran optimum, murid harus diberikan peluang melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran, gaya dan cara pembelajaran masing-masing. Kurikulum yang berpusat kepada murid membolehkan kemajuan berterusan.

Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian serta maklum balas. Pengajaran bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Pembelajaran merupakan aktiviti mental dan fizikal pelajar. Ia adalah proses yang dapat mengubah sikap dan tingkah laku supaya berkembang secara berterusan dan mampu menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk kemajuan diri, masyarakat serta negara.

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL

Moga dapat membantu anda semua.


ISI KANDUNGAN                                       MUKA SURAT


                                    1.0       Pengenalan                                                      1 - 3


2.0       Jenis-jenis Kraf Tradisional                                        

            2.1       Tembikar                                             3 - 4

            2.2       Ayaman                                               4 - 6

            2.3       Batik                                                   7 - 8

            2.4       Ukiran                                                 8  -  10


3.0       Analisis Kraf Tradisional                                10 - 18


4.0       Kesimpulan                                                     18 - 19
              

              Bibiografi


                  Lampiran
           
1.0       Pengenalan
           
             Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut.

             Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

            Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh

pengusaha-pengusaha kraf.

Manakala “Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.

Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad.

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan akhirat.

 Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan cirri-ciri Islam.

            Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias,  membuktikan kraf tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti  penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.

            Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah memahami dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’ yang
tidak ternilai.

2.0       Jenis- Jenis Kraf Tradisional

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,
songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.
           
2.1       Tembikar
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang

pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan sebagainya.
Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung, jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labu yakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
 Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.
Motif Geometri seperti  garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan sebagainya.

Labu Sayong
2.2       Anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

            Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.
\

Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini berbanding waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan semasa menjalankan ibadat.
Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya) berbicara dengan tuhan.
Kraf Ayaman


2.3       Batik

Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.

Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup,   putik,akar menjalar,  daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain  batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik.


           Dua contoh batik yang mempunyai unsur yang berbeza fauna dan geometri

2.4       Ukiran
           
Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.


            Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

.           Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran.
Ukiran motif flora


Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan  sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan.
Ukiran ulu keris
3.0       Analisis Kraf Tradisional

Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf ukiran, sejak zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.Kraf ukiran sangat terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu.



Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik perbincangan garapan idea yang berkonsepkan Islam.Dari pemerhtian yang dibuat seni kraf ukiranlah yang banyak menggunakan konsep keislaman.Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang terdapat di  Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat.

Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.
Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat.

Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.
Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.
Pintu Masjid Seberang Jertih

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan.  Pengaruh  keagamaan  Islam  yang  berkembang  pada zaman  dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni

ini dan mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.
Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih.Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya  kunci rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".
Ukiran motif kaligrafi
             
Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.
Salah satu seni hias pada bahagian tangga Masjid Seberang Jertih.
Ukiran bahagian sisi atap Masjid Seberang Jertih

Satu lagi unsur geometri di tangga Masjid Hadhari


            Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora.  Motif yang dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya.
                        Ini pula ukiran yang terdapat pada mimbar dan kerusi di Masjid Hadhari

.
. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika  khutbah  pada hari Jumaat. Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun.

Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.
Ukiran yang dapat pada pintu Masjid Hadari
Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester.
Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.

Ukiran motif flora pada kerusi di kawasan parking  Muzium Terengganu
Muzium Terengganu
Corak  awan larat pada salah satu dinding di Muzium Negeri Terengganu

          
Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir (1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.


Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.
Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.

5.0       Kesimpulan  
           
            Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

            Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya


Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah
diberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60‟an dan 70‟an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima
                        oleh masyarakat Melayu Islam.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan.

Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.