ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan
1 - 3
2.0 Jenis-jenis Kraf
Tradisional
2.1 Tembikar 3
- 4
2.2 Ayaman 4
- 6
2.3 Batik 7
- 8
2.4 Ukiran 8 - 10
3.0 Analisis Kraf Tradisional 10 - 18
4.0 Kesimpulan 18
- 19
Bibiografi
Lampiran
1.0 Pengenalan
Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini
identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Warisan seni
tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi
kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk
menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni
tersebut.
Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah
mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi
kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai
unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi
unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan,
seni bina dan sebagainya.
Seni
kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah
dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik
hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam
penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah
sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut
memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan
menarik.
Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan
menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat
atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung
oleh
pengusaha-pengusaha kraf.
Manakala “Keluaran
Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai
daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu
proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.
Kraf
tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan
yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan
secara turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman,
tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni
warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil
ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui
bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad.
Seni kraf
Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan
kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui
den menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini
sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di
dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang
berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan akhirat.
Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas
menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini jelas digambarkan dalam ragam
hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan sebahagian daripada
kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan cirri-ciri Islam.
Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam
hias, membuktikan kraf tradisional
Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam
Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan
unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan
ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu
penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.
Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu
telah memahami dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan. Nukilan dari deria
kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha
Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea
dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi
khazanah ‘seni’ yang
tidak ternilai.
2.0 Jenis- Jenis Kraf
Tradisional
Kraf
tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda
supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik,
ukiran, anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,
songket, tembikar dan barang
perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.
2.1 Tembikar
Tembikar tradisi Melayu
menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun
dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar
melambangkan keunikan penciptaan tukang
pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan
rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain
itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang
dan sebagainya.
Terdapat pelbagi jenis tembikar yang
dihasil secara turun menurun antaranya buyung, jambangan, geluk, labu dan bekas
perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labu yakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air
minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian pucuk berbentuk
seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa
bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah
masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
Ragam hias merupakan aspek
penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur
persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis,
titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang
yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis
dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.
Motif
Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun
kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan
sebagainya.Manakala motif Gayaan
Organik seperti sulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk
manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan sebagainya.
Labu Sayong
2.2 Anyaman
Anyaman
merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam
bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah,
pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah
dikeringkan dan lembut.
Daripada
tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan
kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan
bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan,
akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk
kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan
harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar
untuk mengalas tempat duduk.
\
Anyaman
berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini berbanding
waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang
mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam
menggunakan daun pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas
menunjukkan bahasa masyarakat Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di
kedudukkan teratas sebagai penghormatan semasa menjalankan ibadat.
Anyaman
pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian
depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya
sebanyak lima buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang
tidak boleh melakukan kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus
kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya) berbicara dengan tuhan.
Kraf Ayaman
|
2.3 Batik
Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik
merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan
Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni
tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa
maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni
batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun
dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan
perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di
Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil
disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat
beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias
yang menarik.
Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga,
kudup, putik,akar menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk
menghias kain batik ela.Setiap Motif ini
mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala
kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara
realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.
Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung,
ayam dan sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan
pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis
halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini
seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan
peminat batik.
Dua contoh batik yang mempunyai
unsur yang berbeza fauna dan geometri
2.4 Ukiran
Seni ukiran
kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat
Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak
serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu
ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik
pengukirannya.
Seni ini
begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan
di negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai
untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.
Ukiran kayu
dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik
itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik
utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan
tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan
pemidang.
Seni
ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada
rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana
raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat
permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi,
meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan
memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta
kuda dan kereta lembu.
. Motif
ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup
masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan
persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat
banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri
daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada
ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang.
Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga
amat terkenal dengan kraf ukiran.
Ukiran motif flora
Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya,
bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk
3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang
ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat
suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu itu dengan
ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan.
Ukiran ulu keris
3.0 Analisis Kraf Tradisional
Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah
kraf ukiran. Kraf ukiran, sejak zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di
dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif
keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat
seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.Kraf ukiran sangat
terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu.
Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf
ukiran sebagai topik perbincangan garapan idea yang berkonsepkan Islam.Dari
pemerhtian yang dibuat seni kraf ukiranlah yang banyak menggunakan konsep
keislaman.Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu
Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.
Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat
pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua
ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang
terdapat di Masjid Sebarang Jertih,
Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama
diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang
bermotifkan flora, geometri dan khat.
Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni
rekaan bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu.
Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan
unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah
melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping
menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan
sangat menarik.
Hasil
ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif
ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula
pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi
ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan
melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat.
Oleh itu
reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak
mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.
Ini boleh dilihat dengan jelas
ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan larat
bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah
melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping
menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan
sangat menarik.
Pintu Masjid
Seberang Jertih
|
Setelah
kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula
diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan
unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi
keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam
yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi
pengukir-pengukir seni
ini dan
mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.
Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan
pintu Masjid seberang Jertih.Selain motif kaligrafi motif fauna juga
diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang
berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata
bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda
Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran
ianya kunci rezeki".Saidina Ali
pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana
tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".
Ukiran motif kaligrafi
Unsur geometri
dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri
Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan
dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan
tiada akhirnya.
Salah satu seni hias pada bahagian tangga Masjid Seberang Jertih.
Ukiran bahagian sisi atap Masjid Seberang Jertih
Satu lagi
unsur geometri di tangga Masjid Hadhari
|
Motif arabes adalah motif yang
seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya
merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif
ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang dihasilkan
disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya
sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat
Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya.
Ini pula
ukiran yang terdapat pada mimbar dan kerusi di Masjid Hadhari
|
. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah
pada hari Jumaat. Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan
daun.
Kerusi
berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur
keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.
Ukiran yang dapat
pada pintu Masjid Hadari
Unsur
kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang.
Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai
matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar
memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran
pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester.
Unsur flora
biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling
popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri,
salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan
unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi
pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang
telah dibuat.
Ukiran motif
flora pada kerusi di kawasan parking
Muzium Terengganu
Muzium Terengganu
|
Corak awan larat pada salah satu dinding di
Muzium Negeri Terengganu
|
Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora
sebagai hiasan ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian
yang halus. Halim Nasir (1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk
ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih
berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas
membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.
Pengukir
Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu
budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan
larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada
penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan
dan tiada akhirnya.
Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan
pandangan bahawa alam adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu
Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik
flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Sebagai
contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna,
bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.
5.0 Kesimpulan
Kraft tangan melambangkan jati diri
rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan
berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam Melayu.Sumber
proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang
terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah
barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf
tradisional Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Kraf
tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang
kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur
budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat,
garis, bentuk dan warnanya
Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam
telah
diberikan
makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh
dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan
songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan
adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam
bentuk khat sekalipun pada era 60‟an dan 70‟an tidak bertahan lama dan tidak
dapat diterima
oleh
masyarakat Melayu Islam.
Keunikan
dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai
estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa
menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor
tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian,
penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun
begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan
kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk
dirungkaikan.
Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu
menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni
ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada
di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi
di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut
menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni
ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Pihak Qew Communications Sdn. Bhd. dengan rasa rendah diri menjemput saudari/saudara untuk memeriahkan Acara Prelude International Malay Art and Culture di Muzium Warisan Melayu, UPM, Serdang pada 21 - 23 NOVEMBER 2014. Kehadiran anda amat dihargai.
ReplyDelete