1.0 Pengenalan
Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini
identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Warisan seni
tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi
kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk
menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni
tersebut.
Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah
mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi
kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai
unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi
unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan,
seni bina dan sebagainya.
Seni
kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah
dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik
hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam
penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah
sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut
memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan
menarik.
Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan,
dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang
dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.
Manakala “Keluaran
Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai
daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu
proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.
Kraf tradisional
pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang
memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara
turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat,
wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan
bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya
kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya ,
sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad.
Seni kraf Melayu
adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan
kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui
den menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini
sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di
dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang
berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan akhirat.
Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas
menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini jelas digambarkan dalam ragam
hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan sebahagian daripada
kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan cirri-ciri Islam.
Ketiadaan
figura manusia dan binatang dalam ragam hias,
membuktikan kraf tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam.
Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain
diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan
arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling
banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa
daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut
diilham bersama.
Memang
tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah memahami dan menghayati
‘seni’ yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi
yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian
reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan
merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’ yang
tidak ternilai.
2.0 Jenis- Jenis Kraf
Tradisional
Kraf tradisional
perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia
tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran,
anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,
songket, tembikar dan barang perhiasan
mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.
2.1 Tembikar
Tembikar tradisi Melayu
menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun
dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar
melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan
rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain
itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang
dan sebagainya.
Terdapat pelbagi jenis tembikar yang
dihasil secara turun menurun antaranya buyung, jambangan, geluk, labu dan bekas
perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labu yakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air
minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian pucuk berbentuk
seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa
bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah
masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
Ragam hias merupakan aspek
penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur
persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis,
titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang
yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis
dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.
Motif
Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun
kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan
sebagainya.Manakala motif Gayaan
Organik seperti sulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk
manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan sebagainya.
2.2 Anyaman
Anyaman merupakan
seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam
bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah,
pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah
dikeringkan dan lembut.
Daripada
tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan
kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan
bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan,
akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk
kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan
harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar
untuk mengalas tempat duduk.
Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya
agak terbatas dewasa ini berbanding waktu silam . Ayaman tikar diantaranya,
adalah tikar sembahyang dan tikar orang mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar
sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan kerana bermutu tinggi
berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat Melayu meletakkan
kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan semasa
menjalankan ibadat.
Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi
dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian
pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima buah yang melambangkan bahwa
seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan kegiatan lain (
misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya)
berbicara dengan tuhan.
2.3 Batik
Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf
tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu.
Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang
tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik
putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud
2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam
abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada
sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di Malaysia banyak
dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat
tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif alam
sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.
Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk
menghias kain batik ela.Setiap Motif ini
mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala
kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara
realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.
Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi
unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam
masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi,
cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali
digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat
batik.
2.4 Ukiran
Seni ukiran kayu
adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia
terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta
masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini
sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik
pengukirannya.
Seni ini begitu
berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil
kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara
kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir
dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.
Ukiran kayu dapat
dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu
banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama
dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk
timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan
pemidang.
Seni ukiran
kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah
tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan
masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa
lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja,
dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak,
peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan
kereta lembu.
. Motif ukiran kayu secara
langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat zaman
dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat
kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak
motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada
daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada ayat-ayat
suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan
Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal
dengan kraf ukiran.
Terdapat
juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris
berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya.
Ini boleh dikaitkan dengan sifat tuhan
yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai
tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa
dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada
kekuasaan mukjizat tuhan.
3.0 Analisis Kraf Tradisional
Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf
ukiran, sejak zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam
penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman
dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat seperti
surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.Kraf ukiran sangat terkenal di
Negeri Kelantan dan Terengganu.
Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik
perbincangan garapan idea yang berkonsepkan Islam.Dari pemerhtian yang dibuat
seni kraf ukiranlah yang banyak menggunakan konsep keislaman.Tiga buah tempat
telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid Seberang Jertih, Masjid
Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.
Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding,
kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini
dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang terdapat
di Masjid Sebarang Jertih, Masjid
Hadhari dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti
untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan
flora, geometri dan khat.
Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan
itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut
masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur
kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah melambangkan
kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan
kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat
menarik.
Hasil ukiran adalah berunsurkan
motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan
kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam
ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan
alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap
perkembangannya dan menabur zuriat.
Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada
hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya
mematah atau tunduk.
Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada
pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan larat bermotifkan flora
pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan
keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam
kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.
Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu,
unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir
tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman
dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan mengadaptasikannya pada ukiran
seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.
Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan
pintu Masjid seberang Jertih.Selain motif kaligrafi motif fauna juga
diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang
berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata
bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda
Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran
ianya kunci rezeki".Saidina Ali
pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana
tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".
Unsur geometri dikenali sebagai tumpal.
Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri
disusun berulang-ulang.Sebahagian
susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan
Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.
Motif arabes adalah motif yang
seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya
merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif
ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang dihasilkan
disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya
sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat
Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya.
. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika
khutbah pada hari Jumaat. Motif
flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi
berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur
keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.
Unsur kosmos menggambarkan alam semesta
seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas
mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai
matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar
memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran
pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester.
Unsur flora biasanya diambil daripada
tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan
pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang,
bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan
dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan
pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.
Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan
ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir
(1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang
berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak.
Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas membuktikan jenis
ukiran pada gambar tersebut.
Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan
kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan
nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya agak
sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat
keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.
Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam
adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat
ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau fauna
dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Sebagai contoh adalah
tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan bauan
adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.
5.0 Kesimpulan
Kraft tangan melambangkan jati diri
rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan
berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam Melayu.Sumber
proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang
terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah
barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf
tradisional Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Kraf tradisional adalah
merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa
dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan
unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis,
bentuk dan warnanya
Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam
telah
diberikan
makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh
dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan
songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan
adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam
bentuk khat sekalipun pada era 60‟an dan 70‟an tidak bertahan lama dan tidak
dapat diterima
oleh masyarakat Melayu
Islam.
Keunikan dan
kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai
estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa
menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor
tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian,
penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun
begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan
kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk
dirungkaikan.
Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga,
memelihara dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni
tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada di
negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di
mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut
menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni
ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
(2899 patah perkataan)
Bibliografi
Abdullah bin Mohamed (Nakula)
(1985), Seni Bina Islam, Aplikasi di
Malaysia, Warisan
Kelantan IV,
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.
Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa
Ibunda - Umum. Jurnal
Bahasa Moden, 6. 152-160.
Khairuddin Talib, (2007) .HBAE3103 Kraf Tradisional. Selad.ngor:
Meteor Doc.Sdn.Bh.
Prof.
Madya Dr. Mohd Sabrizaa, Penafsiran
Falsafah “ibu Dalam Awan
Larat Warisan Estetikka Seni Ukiran Melayu,
Jabatan Senibina Dalaman Fakulti senibina, Perancangan dan Ukur UITM Perak.
Zailani Yaacob & Azimah A.Samah,
(2011). Teks Lengkap Pendidikan
Seni Visual KBSM Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment