Friday, November 1, 2013

Pendekatan Bertema


1.0         Pengenalan
 Pendekatan bertema sering digunapakai untuk memenuhi  keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid serta guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Terdapat tiga jenis tema dalam pendekatan itu iaitu tema persekitaran , tema masyarakat dan tema komunikasi

2.0         Konsep Pendekatan Bertema
                  Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu.

      Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema.. Pendekatan ini merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran yang merangkumi koleksi bahan aktiviti. Ini akan mengelakkan program yang tidak tersusun berpunca daripada pelajaran harian yang tidak berkaitan.

      Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan antara pemahaman, sikap dan kemahiran juga bidang-bidang kurikulum. Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan pendekatan bertema, murid berpeluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterima pakai..

2.1     Jenis-Jenis Tema
2.1.1 Tema Persekitaran
Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran fizikal
yakni  pelbagai  bahan,  ruang untuk bermain  dan cukup  masa mampu
memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain.Persekitaran  
sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan
sebaya   serta   sokongan.  Elemen    elemen   fizikal   dan   sosial   ini
berinteraksi  dengan  tahap   perkembangan   kanak-kanak,   pengalaman
lalu,masa dan ruang perlindungan.

Tiga  elemen  dalam  persekitaran  yang  mempengaruhi  organisma
                    hidup   ialah   alam  semula  jadi,   buatan   manusia   dan   teknologi.                          
                    Ekosistem  akan  mengimbangi  alam  sekitar  supaya semua kehidupan
                    hidup  dengan   berharmoni. Perubahan   buatan  manusia  terhadap   
                    persekitaran seperti penerokaan hutan, tapak pembinaan perumahan dan   
                    lain-lain akan mengakibatkan kesan terhadap kehidupan  manusia secara    

                    positif atau  pun negatif. Teknologi pula membawa perkembangan dan
                    perubahan  kepada  manusia.  Teknologi  juga  melahirkan  dunia   tanpa
                    sempadan  dan  telah  memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam Seni,  
                    teknologi   menawarkan   cara   untuk   mencapai   matlamat -  matlamat   
                    artistik, cendiakawan,  penghasilan  dan  persembahan.  Teknologi  yang
                    menarik  dan   hebat   mampu    menarik    minat    dan    memotivasikan
                    murid- murid untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian.
2.1.2    Tema dan Masyarakat
Masyarakat dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu;
          i)   masyarakat zaman purba,
          ii)  zaman batu dan
          iii) masa kini.

Dalam masyarakat manausia, sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun -temurun dan menjadi sebati sehingga menjadi budaya dalam masyarakat.
Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang besar dalam masyarakat.

Dalam hubungan ini kita perlu fleksibel dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik mungkin disemua peringkat perkembangannya. Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak. Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan dikantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga pengalaman disamping mengharrgai pelgai budaya yang wujud dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar Tema Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.


2.1.3    Tema Komunikasi
Komunikasi merupakan perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima mesej konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.

Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlaku seperti dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio-psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status dikalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu masyarakat dimana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku.

Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria. Walau pun anda biasanya memikirkan tentang mesej sebagai verbal, anda juga boleh berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara anda berjalan,

2.2         Kelebihan Pendekatan Bertema
aran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Pelajar dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. 
                  Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema.
                  Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.
                  Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak: Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri.Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.
                 Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama. Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.
              Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak. Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.
      i)     Untuk mewujudkan suasana proses pengajaran yang 
                  menyeronokkan dan kondusif dalam pengajaran dan
                  pembelajaran.
       ii)       Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,
      iii)      Dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan
                 pengetahuan dan pengalaman lalu.
      iv)      Dapat menghadapi cabaran
       v)      Dapat membuat pilihan yang sesuai dan releven dalam kehidupan
      vi)      Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal
     vii)      Menyemai nilai empati , harmoni dan pemahaman sesama insan    
                yang budaya
    viii)       Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang    
                 menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran.

2.3         Kelemahan Pendekatan Bertema
      i)       Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan 
                 pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk 
                                   pergerakkan imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang                   
                                    diberi
                        (ii)       persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan    
                                    kreativiti yang tinggi
                        (iii)      pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan
                        (iv)      berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi  
                                    baru
                         (v)       dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang     
                                   dijalankan
                        (vi)      dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

2.4         Cabaran Pendekatan Bertema      

(i)                 Menguji tahap kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata
            pelajaran
                        (ii)        untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan
                       (iii)        hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang
                                    berbeza-beza
                        (iv)       sukar untuk menilai skop pemahaman yang begitu luas
                         (v)       sukar untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza

                   

Arca Asemblaj


Arca  Asemblaj

Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to New York”, karya Jean Tinguely. Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
Arca
Perkataan arca atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sculpture berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil, mengunakan pengimpal dan menguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Arca adalah bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain kerana ciri - ciri 3Dnya.
Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Ia bertujuan sebagai seni awam yang dipamerkan di luar, tetapi kekadang juga dipamerkan di dalam bangunan awam untuk menegaskan sesuatu kepada para orang lalu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan. Arca sering dipamerkan di ruang legar hotel, kawasan bangunan institusi atau pertubuhan, bulatan simpang empat, taman rekreasi, taman kanak-kanak, kawasan peranginan, galeri, taman permainan dan ruang yang sentiasa dikunjungi orang ramai yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.Terdapat dua jenis bentuk arca iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika. Arca bentuk berfungsi merupakan barangan 3D yang boleh digunakan di samping ciri-ciri estetikanya.  Arca bentuk estetika tidak mempunyai fungsi khas tetapi merupakan bentuk ciptaan pelukis hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya sahaja. Bentuk arca estetika bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak, terpulang kepada kebijaksanaan dan pilihan pengarca yang menciptanya.

Koleksi Idea

Lakaran idea
Bentuk Siap
Rujukkan