SEKADAR PANDUAN UNTUK SEMUA
SEKOLAH SELAMAT
1.0 Pengenalan
SEKOLAH SELAMAT
1.0 Pengenalan
Sekolah
merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu ini
mestilah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Hal ini penting agar
sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko kurikukum.
Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan
sekolah sebagai tempat yang selamat.
. Menurut
pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ”Sekolah Selamat'' tidak seharus
terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan
sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan
bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah-sekolah perlu sedar tentang
kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994 serta
aplikasinya kepada institusi pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan dan
kesihatan.
Manakala
menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996)
sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang
selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik
yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai tahap yang tinggi, dapat
mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat
membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna.
Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan
pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental
dan psikologi
Sebagaimana
yang kita tahu, program sekolah selamat telah dilancarkan oleh Kementerian
Pendidikan pada tahun 2002 adalah untuk mewujudkan budaya selamat di sekolah
dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan masyarakat setempat.
Pelancaran program ini adalah satu usaha yang bersungguh-sungguh dengan
persediaan buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’ kepada semua sekolah.
Amalan sekolah selamat walaupun telah wujud sejak dahulu lagi,namun hanya
sekarang satu garis panduan yang tersusun diperkenalkan untuk sekolah-sekolah
seluruh Malaysia mengikutinya. Namun demikian masyarakat masih digemparkan
dengan insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan sekolah yang
mana dianggap selamat oleh masyarakat umum.
Antara
objektif yang ada dalam konsep pelaksanaan sekolah selamat ini ialah untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. Selain
itu, sentiasa memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan
dijaga. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan panduan
bagi setiap tindakan yang perlu diambil. Kemudian, mewujudkan persekitaran
untuk mental dan emosi yang sihat. Meningkatkan tahap penumpuan kepada
pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah dan menimbulkan rasa lebih mudah
dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. Selain itu,
meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan
dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah serta meningkatkan kefahaman
mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan,
kemalangan dan malapetaka.
Terdapat juga
ciri-ciri yang perlu ada bagi memastikan konsep sekolah selamat ini dapat
berjalan dengan lancar. Antaranya ialah perlu sensitif dan rasa hormat kepada
warga sekolah. Sekolah juga perlu bebas dari sebarang ganguan dan para guru
hendaklah mempunyai kebolehan menjangka tingkahlaku pelajar dengan jelas.
Selain itu, perkara yang paling penting adalah dengan mengekalkan dasar
disiplin yang konsisten serta memupuk
para pelajar untuk mencintai
sekolah. Ciri- cirinya adalah para pelajar dan guru perlu proaktif tentang
prosedur-prosedur keselamatan sekolah dan warga sekolah hendaklah mempunyai
kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah.
Setiap warga
sekolah juga perlu memberi respon dengan segera terhadap kecemasan agar
sebarang kemalangan yang lebih besar dapat dielakkan. Adalah penting juga bagi
memastikan sekolah selamat dengan
sentiasa memastikan amalan kebersihan dijaga dan dipelihara di samping
memastikan bilik darjah bersih dan tersusun supaya dapat mengelakkan dari
terjadinya sebarang kecelakaan di sekolah.
Siapakah yang
sebenarnya perlu bertanggungjawab dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan
yang selamat? Adakah ianya tanggungjawab guru sahaja? Yang sebenarnya, dalam
melaksanakan sekolah selamat ini, pelbagai pihak harus terlibat sama. Bukan
guru sahaja, bahkan staf sokongan, ibu bapa, pihak masyarakat dan lain-lain
lagi. Mereka juga harus bersama-sama membantu dalam melaksanakan projek ini.
Setiap dari mereka punyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Adalah
penting bagi mereka semua agar dapat memberi kerjasama yang sepatutnya
agar sekolah selamat dapat diwujudkan
dan menjadikan murid-murid atau anak-anak mereka sendiri terus berasa selamat
ketika berada di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.
Berikutnya adalah
dengan menyediakan sistem dan prosedur keselamatan bagi pelajar dan sekolah.
Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian
daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak
termasuk guru-guru, pekerja-pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai
peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan.
Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum,
peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal,
disiplin murid, lawatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak
polis boleh membantu mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan
berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal
keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula dapat memainkan peranan
dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar. Peraturan sedia ada
yang tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah dan
bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan
dipatuhi oleh pengetua. Bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian
bantuan kecemasan yang menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan
Bomba dan penyelamat dan hospital berhampiran perlu diwujudkan sepertimana yang
dilakukan oleh bank-bank perdagangan. Usaha pencegahan kebakaran juga perlu
ditingkatkan. Antaranya sekolah mesti mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan
pencegahan kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Stephen (1996)
mencadangkan supaya pengurusan sekolah menjalankan program latihan kebakaran
sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
Cara lain bagi
mewujudkan sekolah selamat adalah dengan mempertingkatkan mutu disiplin
pelajar. Disiplin dalam bilik darjah adalah penting bagi memastikan
persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu disiplin dalam bilik darjah
yang konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar berasa bertanggungjawab
terhadap setiap tingkahlakunya. Keadaan ini akan lebih berkesan apabila para
pelajar telah menerima struktur peraturan/disiplin sekolah sebagai suatu
undang-undang dan bukannya semata-mata mesti dipatuhi kerana dikuatkuasakan
oleh pihak pentadbir sekolah. Ketidakhadiran pelajar khususnya yang melibatkan
kes ponteng yang serius juga perlu ditangani dengan sewajarnya kerana ia boleh
memberi impak langsung dalam pencapaian pelajar dan merendahkan semangat belajarnya.
Bermula dengan kegagalan akademik, rasa rendah diri, kecewa dan hilang minat
terhadap belajar akan mendorong pelajar bersikap agresif dan merosakkan harta
benda awam.
1.1
Keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan
individu yang sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari
segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
1.2
Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk
menggalakkan perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal
pelajar.
sekolah
yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya
terhindar
daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan
psikologikal yang
boleh
menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula
meliputi
1.0
struktur
fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah
laku
2.0
persekitaran
sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
3.0
b)
Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
4.0
c)
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
5.0
d)
Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
6.0
e)
Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
7.0
f)
Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga
sekolah.
8.0
g)
Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada
sekolah.
9.0
h)
Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan
dan
10.0
perlaksanaan
aktiviti-aktiviti sekolah.
11.0
i)
Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu
keselamatan,
2.0 Tatacara
Penggunaan Stor Sukan
2.1 Pengenalan
Stor sukan digunakan sebagai tempat meny
impan alat-alat sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak.Ini disebabkan
alat-alat tersebut boleh mencecah harga ribuan ringgit. Antara pengurusan stor
sukan yang baik ialah perlu ada rekod inventori,rekod keluar dan masuk
peralatan.Peralatan sukan yang berbahaya seperti lembing,cakera,tukul besi,
tiang lompat tinggi, panah dan sebagainya tidak boleh digunakan tanpa pengawasan
atau penyeliaan daripada guru sukan yang terlatih.Ia hendaklah disimpan dan
dijaga dengan rapi di tempat yang selamat.
2.2 Tatacara
Penggunaan Am
i) Memastikan semua
latihan sukan yang menggunakan peralatan
yang berbahaya diadakan pada hari atau masa yang
berasingan.
ii)
Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi
penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.
Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada
tempat khas yang mudah diambil
oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan
Stor Sukan yang bertugas
sahaja.
Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam
buku keluar masuk peralatan
sukan.
Mengembalikan
semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.
Memastikan semua
peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.
Membuat laporan kepada pihak pentadbir
tentang peralatan sukan yang digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu
diperbaiki.
. Sila letak dan susun semula
peralatan yang digunakan di tempat asal.
2.1
Tatacara Penggunaan Murid
Pelajar dilarang
masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.
Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi arahan
guru.
Dilarang membawa keluar sebarang alatan tanpa pengtahuan guru
Dilarang membawa keluar sebarang alatan tanpa pengtahuan guru
Dilarang bermain di dalam stor sukan.
Dilarang memasuki ke dalam stor sukan
secara beramai-ramai.
2.2
Tatacara
Penggunaan Guru
Guru mestilah berada bersama pelajar semasa mengambil perlatan sukan.
Merekod semua alat sukan yang digunakan.
Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan
yang digunakan.
Mengawasi
dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.
Memastikan alatan sukan yang digunakan
dalam keadaan baik.
Membuat laporan tentang peralatan rosak,
hilang atau perlu diperbaiki.
Memastikan
hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.
3.0 Tatacara
Penggunaan Kantin
3.1
Tatacara
Penggunaan Am
Ketika
membeli makanan semasa rehat, pelajar dikehendaki beratur dengan tertib dan
mengikut arahan pengawas yang bertugas di kantin.
Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika minum
dan makan di kantin.
Jangan tinggalkan sebarang
jenis pembalut makanan atau baki makanan di atas meja atau di tempat mencuci
tangan/sinki.
Masukkan segala jenis pembalut makanan dan
baki makanan ke dalam tong sampah yang disedikan di kantin. Pingan, sudu,
cawan, botol dan apa sahaja peralatan kantin yang digunakan oleh pelajar
hendakalah diletakkan di dalam bekas yang disediakan.
Pelajar dilarang membeli makanan di luar
ketika waktu rehat.
Pelajar dilarang masuk ke
dalam dapur kantin.
Pelajar hendaklah menjaga
kebersihan kantin. Sekiranya kantin kotor, semua pelajar akan didenda untuk
membersihkannya.
Pelajar dilarang membeli
makanan di luar kawasan sekolah.
Pelajar dilarang makan dan
minum di luar kawasan kantin sekolah.
Pelajar tidak dibenarkan
menjual sebarang bentuk makanan atau minuman..
Pelajar tidak dibenarkan
makan atau minum di meja guru.
Pelajar dilarang menjerit
semasa berada di kantin dan semasa membeli makanan.
Pelajar dilarang berludah dan membuang sampah
di sekitar kawasan kantin.
Pelajar dikehendaki berbaris ketika membeli
makanan di kantin.
3.2
Tatacara Penggunaan Murid
3.3
Tatacara
Penggunaan Guru
4.0 Tatacara
Penggunaan Dewan
4.1 Pengenalan
Dewan sekolah merupakan salah satu tempat
yang dapat menempatkan jumlah pelajar yang ramai pada satu-satu masa contohnya
perhimpunan.Kesesakakn boleh berlaku apabila sesuatu lokasi menjadi tumpuan
pelajar pada satu-satu masa, lebih-lebih lagi jika kawalan terhadap disiplin
murid longgar. Oleh itu,aspek keselamatan dalam mencegah kebakaran hendaklah
sentiasa diutamakan.Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk
kepada peraturan pembinaan yang memerlukan pintu dan laluan kecemasan
4.2 Tatacara Penggunaan Am
.
Semua pengguna dewan besar untuk permainan dimestikan memakai pakaian
permainan yang sesuai dan tidak dibenarkan berselipar atau berkaki ayam.
Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa
masuk ke dewan besar.
Kebersihan dan keselamatan di dewan besar adalah tanggungjawab semua
penggunanya.
Pastikan
lampu dan kipas hendaklah dimatikan selepas waktu permainan.
Tidak
dibenarkan memindahkan dan mengeluarkan mana-mana kelengkapan dan barang
simpanan di dewan besar tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab.
4.3 Tatacara Penggunaan Murid
Para
pelajar tidak dibenarkan menggunakan dewan besar untuk bermain pada waktu malam
kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua dan pengawasan oleh
sekurang-kurangnya seorang guru
Para
pelajar hanya dibenarkan menggunakan dewan pada waktu petang sahaja pada hari
persekolahan manakala pada hari cuti, dewan digunakan waktu pagi dan petang.
4.4 Tatacara Penggunaan Guru
. Guru-guru dan kakitangan sekolah boleh
menggunakan dewan besar pada sebarang masa di luar waktu kerja dan ini
tertakluk pada waktu slang sahaja. Manakala pada waktu malam, penggunaan dewan
besar hanya dibenarkan pada Rabu malam dan Sabtu malam untuk permainan.Penggunaan
pada masa lain tertakiuk kepada kebenaran.
5.0 Tatacara
Penggunaan Makmal Komputer
Peraturan penggunaan makmal komputer perlu diadakan sebagai
garis panduan kepada pengguna dan keselamatan peralatan dalam makmal komputer. Adalah
menjadi tanggungjawab pengguna makmal komputer untuk mengetahui dan memahami
peraturan-peraturan ini. Peraturan ini
bertujuan untuk melindungi keselamatan peralatan komputer untuk kemudahan pengguna-pengguna yang
berterusan.Selain itu ianya juga bagi memaksimunksan penggunaa makmal tersebut,
meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan. Mewujudkan suasana yang
selamat serta selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.Selain itu ia juga
dijadikan panduan untuk penggunaan ramai.
5.1 Tatacara Penggunaan Am
i)
Dilarang
membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
ii) Semua pengguna komputer adalah dilarang sama
sekali mengusik atau mengubah
sebarang wayar , setting dan
menambahkan perisian dalam komputer.
iii) Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum
keluar dari makmal komputer. .
5.2 Tatacara
Penggunaan Murid
i)
Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru
pengawas.
ii) Jika
terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer
terlalu panas atau sebarang yang
disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.
Padamkan mana-mana suis yang perlu.
iii) Jika
berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru .
iv) Murid tidak dibenarkan melayari laman
web yang mengandungi unsur-unsur negatif
dan tidak sihat.
5.3 Tatacara Penggunaan Guru
i) Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya
boleh dikendalikan oleh guru.
ii) Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar
atau kelas ke makmal hendaklah membuat tempahan awal dan merekod penggunaannya
dalam buku log makmal komputer.
ii)
Disket dari luar hendaklalum diguh diimbas terlebih
dahulu sebelum digunakan.
6.0 Rumusan
Untuk
memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara
bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh guru besar sebagai pengurus
sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan
PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk
pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya
juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang
menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita
Oleh yang
demikian, kita haruslah bersama-sama membantu dalam melaksanakan “Sekolah
Selamat” ini agar dapat menjadikan murid-murid berasa selamat ketika berada di
sekolah. Sekolah selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan
warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal,
mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses
pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal,
trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.
Sebagai
kesimpulan, isu sekolah selamat dalam sistem pendidikan Malaysia dari segi
pelaksanaan jelas terdapat banyak kelemahan disebabkan kekurangan sumber dan
pemantauan yang rapi dan konsisten. Sekolah selamat bukan sahaja tertumpu
kepada soal fizikal bangunan dan prasarana sekolah tetapi harus memberi
pemberatan kepada pembentukan sahsiah pelajar melalui disiplin yang mantap di
peringkat rendah dan menengah.
Di samping itu perubahan perlu dilakukan untuk
mengembalikan semula semangat Malaysia yang sejati dikalangan pelajar-pelajar
yang terdiri dari berbilang kaum supaya konsep Satu Malaysia menjadi satu
realiti yang dapat dibanggakan.
No comments:
Post a Comment