Monday, March 26, 2012



SEKADAR PANDUAN UNTUK SEMUA
SEKOLAH SELAMAT

1.0              Pengenalan

Sekolah merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko kurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat.

. Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ”Sekolah Selamat'' tidak seharus terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah-sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994 serta aplikasinya kepada institusi pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan.

Manakala menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai tahap yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi

Sebagaimana yang kita tahu, program sekolah selamat telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2002 adalah untuk mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan masyarakat setempat. Pelancaran program ini adalah satu usaha yang bersungguh-sungguh dengan persediaan buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’ kepada semua sekolah. Amalan sekolah selamat walaupun telah wujud sejak dahulu lagi,namun hanya sekarang satu garis panduan yang tersusun diperkenalkan untuk sekolah-sekolah seluruh Malaysia mengikutinya. Namun demikian masyarakat masih digemparkan dengan insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan sekolah yang mana dianggap selamat oleh masyarakat umum.

Antara objektif yang ada dalam konsep pelaksanaan sekolah selamat ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. Selain itu, sentiasa memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. Kemudian, mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah dan menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. Selain itu, meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah serta meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.

Terdapat juga ciri-ciri yang perlu ada bagi memastikan konsep sekolah selamat ini dapat berjalan dengan lancar. Antaranya ialah perlu sensitif dan rasa hormat kepada warga sekolah. Sekolah juga perlu bebas dari sebarang ganguan dan para guru hendaklah mempunyai kebolehan menjangka tingkahlaku pelajar dengan jelas. Selain itu, perkara yang paling penting adalah dengan mengekalkan dasar disiplin yang konsisten serta memupuk  para pelajar untuk  mencintai sekolah. Ciri- cirinya adalah para pelajar dan guru perlu proaktif tentang prosedur-prosedur keselamatan sekolah dan warga sekolah hendaklah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah.

Setiap warga sekolah juga perlu memberi respon dengan segera terhadap kecemasan agar sebarang kemalangan yang lebih besar dapat dielakkan. Adalah penting juga bagi memastikan sekolah selamat dengan  sentiasa memastikan amalan kebersihan dijaga dan dipelihara di samping memastikan bilik darjah bersih dan tersusun supaya dapat mengelakkan dari terjadinya sebarang kecelakaan di sekolah.

Siapakah yang sebenarnya perlu bertanggungjawab dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan yang selamat? Adakah ianya tanggungjawab guru sahaja? Yang sebenarnya, dalam melaksanakan sekolah selamat ini, pelbagai pihak harus terlibat sama. Bukan guru sahaja, bahkan staf sokongan, ibu bapa, pihak masyarakat dan lain-lain lagi. Mereka juga harus bersama-sama membantu dalam melaksanakan projek ini. Setiap dari mereka punyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Adalah penting bagi mereka semua agar dapat memberi kerjasama yang sepatutnya agar  sekolah selamat dapat diwujudkan dan menjadikan murid-murid atau anak-anak mereka sendiri terus berasa selamat ketika berada di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

Berikutnya adalah dengan menyediakan sistem dan prosedur keselamatan bagi pelajar dan sekolah. Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja-pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar. Peraturan sedia ada yang tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah dan bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh pengetua. Bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan penyelamat dan hospital berhampiran perlu diwujudkan sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan. Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan. Antaranya sekolah mesti mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Stephen (1996) mencadangkan supaya pengurusan sekolah menjalankan program latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

Cara lain bagi mewujudkan sekolah selamat adalah dengan mempertingkatkan mutu disiplin pelajar. Disiplin dalam bilik darjah adalah penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu disiplin dalam bilik darjah yang konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar berasa bertanggungjawab terhadap setiap tingkahlakunya. Keadaan ini akan lebih berkesan apabila para pelajar telah menerima struktur peraturan/disiplin sekolah sebagai suatu undang-undang dan bukannya semata-mata mesti dipatuhi kerana dikuatkuasakan oleh pihak pentadbir sekolah. Ketidakhadiran pelajar khususnya yang melibatkan kes ponteng yang serius juga perlu ditangani dengan sewajarnya kerana ia boleh memberi impak langsung dalam pencapaian pelajar dan merendahkan semangat belajarnya. Bermula dengan kegagalan akademik, rasa rendah diri, kecewa dan hilang minat terhadap belajar akan mendorong pelajar bersikap agresif dan merosakkan harta benda awam.

1.1              Keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
1.2              Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk menggalakkan perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal pelajar.
sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya
terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang
boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi
1.0              struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku
2.0              persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
3.0              b) Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
4.0              c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
5.0              d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
6.0              e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
7.0              f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.
8.0              g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.
9.0              h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan
10.0          perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
11.0          i) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan,

2.0       Tatacara Penggunaan Stor Sukan
2.1       Pengenalan
            Stor sukan digunakan sebagai tempat meny impan alat-alat sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak.Ini disebabkan alat-alat tersebut boleh mencecah harga ribuan ringgit. Antara pengurusan stor sukan yang baik ialah perlu ada rekod inventori,rekod keluar dan masuk peralatan.Peralatan sukan yang berbahaya seperti lembing,cakera,tukul besi, tiang lompat tinggi, panah dan sebagainya tidak boleh digunakan tanpa pengawasan atau penyeliaan daripada guru sukan yang terlatih.Ia hendaklah disimpan dan dijaga dengan rapi di tempat yang selamat.

                  2.2      Tatacara Penggunaan Am
     i)     Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan
            yang  berbahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan.

     ii)    Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi
             penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.

             Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil
             oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas 
             sahaja.
Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam
buku  keluar masuk peralatan sukan.
Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa        yang ditetapkan.
Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.
Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
 .                                  Sila letak dan susun semula peralatan yang digunakan di tempat asal.

2.1      Tatacara Penggunaan Murid

Pelajar dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.
Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru.
Dilarang membawa keluar sebarang alatan tanpa pengtahuan guru
Dilarang bermain di dalam stor sukan.
Dilarang memasuki ke dalam stor sukan secara beramai-ramai.
2.2      Tatacara Penggunaan Guru

 Guru mestilah berada bersama pelajar semasa mengambil perlatan sukan.
Merekod semua alat sukan yang digunakan.
Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.
Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.
Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.
Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.




3.0        Tatacara Penggunaan Kantin
3.1      Tatacara Penggunaan Am

Ketika membeli makanan semasa rehat, pelajar dikehendaki beratur dengan tertib dan mengikut arahan pengawas yang bertugas di kantin.
 Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika minum dan makan di kantin.
 Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan di atas meja atau di tempat mencuci tangan/sinki.
 Masukkan segala jenis pembalut makanan dan baki makanan ke dalam tong sampah yang disedikan di kantin. Pingan, sudu, cawan, botol dan apa sahaja peralatan kantin yang digunakan oleh pelajar hendakalah diletakkan di dalam bekas yang disediakan.
 Pelajar dilarang membeli makanan di luar ketika waktu rehat.
 Pelajar dilarang masuk ke dalam dapur kantin.
 Pelajar hendaklah menjaga kebersihan kantin. Sekiranya kantin kotor, semua pelajar akan didenda untuk membersihkannya.
 Pelajar dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah.
 Pelajar dilarang makan dan minum di luar kawasan kantin sekolah.
 Pelajar tidak dibenarkan menjual sebarang bentuk makanan atau minuman..
 Pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di meja guru.
 Pelajar dilarang menjerit semasa berada di kantin dan semasa membeli makanan.
 Pelajar dilarang berludah dan membuang sampah di sekitar kawasan kantin.
 Pelajar dikehendaki berbaris ketika membeli makanan di kantin.

3.2      Tatacara Penggunaan Murid

3.3      Tatacara Penggunaan Guru

4.0        Tatacara Penggunaan Dewan

4.1     Pengenalan

          Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan jumlah pelajar yang ramai pada satu-satu masa contohnya perhimpunan.Kesesakakn boleh berlaku apabila sesuatu lokasi menjadi tumpuan pelajar pada satu-satu masa, lebih-lebih lagi jika kawalan terhadap disiplin murid longgar. Oleh itu,aspek keselamatan dalam mencegah kebakaran hendaklah sentiasa diutamakan.Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk kepada peraturan pembinaan yang memerlukan pintu dan laluan kecemasan
4.2    Tatacara Penggunaan Am
            
.                Semua pengguna dewan besar untuk permainan dimestikan memakai pakaian permainan yang sesuai dan tidak dibenarkan berselipar atau berkaki ayam.
      Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dewan besar.        
          Kebersihan dan keselamatan di dewan besar adalah tanggungjawab semua penggunanya.
        Pastikan lampu dan kipas hendaklah dimatikan selepas waktu permainan.
        Tidak dibenarkan memindahkan dan mengeluarkan mana-mana kelengkapan dan barang simpanan di dewan besar tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab.
         
4.3    Tatacara Penggunaan Murid

Para pelajar tidak dibenarkan menggunakan dewan besar untuk bermain pada waktu malam kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua dan pengawasan oleh sekurang-kurangnya seorang guru

        Para pelajar hanya dibenarkan menggunakan dewan pada waktu petang sahaja pada hari persekolahan manakala pada hari cuti, dewan digunakan waktu pagi dan petang.


4.4    Tatacara Penggunaan Guru

.  Guru-guru dan kakitangan sekolah boleh menggunakan dewan besar pada sebarang masa di luar waktu kerja dan ini tertakluk pada waktu slang sahaja. Manakala pada waktu malam, penggunaan dewan besar hanya dibenarkan pada Rabu malam dan Sabtu malam untuk permainan.Penggunaan pada masa lain tertakiuk kepada kebenaran.

5.0       Tatacara Penggunaan Makmal Komputer
Peraturan penggunaan makmal komputer perlu diadakan sebagai garis panduan kepada pengguna dan keselamatan peralatan dalam makmal komputer. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna makmal komputer untuk mengetahui dan memahami peraturan-peraturan  ini. Peraturan ini bertujuan untuk melindungi keselamatan peralatan komputer  untuk kemudahan pengguna-pengguna yang berterusan.Selain itu ianya juga bagi memaksimunksan penggunaa makmal tersebut, meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan. Mewujudkan suasana yang selamat serta selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.Selain itu ia juga dijadikan panduan untuk penggunaan ramai.
5.1    Tatacara Penggunaan Am

i)               Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
ii)            Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah
sebarang wayar , setting dan menambahkan perisian dalam  komputer.
iii)          Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer. .
           5.2       Tatacara Penggunaan Murid
i)                    Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
ii)         Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian  komputer terlalu    panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
iii)        Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru .
iv)        Murid tidak dibenarkan melayari laman web yang mengandungi unsur-unsur negatif  dan tidak sihat.
5.3        Tatacara Penggunaan Guru
i)    Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh guru.
ii)   Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal hendaklah membuat tempahan awal dan merekod penggunaannya dalam buku log makmal komputer.
ii)                  Disket dari luar hendaklalum diguh diimbas terlebih dahulu sebelum digunakan.
            6.0       Rumusan

Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh guru besar sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita    

Oleh yang demikian, kita haruslah bersama-sama membantu dalam melaksanakan “Sekolah Selamat” ini agar dapat menjadikan murid-murid berasa selamat ketika berada di sekolah. Sekolah selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.

Sebagai kesimpulan, isu sekolah selamat dalam sistem pendidikan Malaysia dari segi pelaksanaan jelas terdapat banyak kelemahan disebabkan kekurangan sumber dan pemantauan yang rapi dan konsisten. Sekolah selamat bukan sahaja tertumpu kepada soal fizikal bangunan dan prasarana sekolah tetapi harus memberi pemberatan kepada pembentukan sahsiah pelajar melalui disiplin yang mantap di peringkat rendah dan menengah.

 Di samping itu perubahan perlu dilakukan untuk mengembalikan semula semangat Malaysia yang sejati dikalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum supaya konsep Satu Malaysia menjadi satu realiti yang dapat dibanggakan.