Wednesday, September 14, 2011

Pemerolehan Bahasa

Markah xsemet sem ni kurang memuaskan...tp tetap d publishkan sbg panduan bg yg memerlukan...

1.0 Pengenalan
Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengn lebih berkesan. Justeru, Islam menggalakkan umatnya menggunakan bahasa yang indah dan baik-baik apabila bertutur.Rasulullah SAW sendiri berdakwah menggunakan bahasa yang paling baik dan halus dan tidak pernah menggunakan bahasa yang kesat dan kasar dalam pengucapan baginda. Sifat ini seharusnya dicontohi terutama sekali para remaja supaya dapat menggunakan bahasa yang baik dan teratur dalam percakapan seharian. Luqman Al-Hakim juga berpesan dengan anaknya, menggunakan istilah ‘wahai anakku’ yang menggambarkan kelembutan seorang ayah dalam menasihati anaknya sehingga termaktub dalam al-Quran (Luqman:12-19). Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk.Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanak-kanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. “…learning a first language is something every child does successfully, in a matter of a few years and without the need for formal lessons.” (Language Acquisition: On-line). Sungguhpun rangsangan bahasa yang diterima oleh kanak-kanak tidak teratur dan terhad, namun mereka berupaya memahami sistem-sistem linguistik bahasa pertama sebelum menjangkau usia lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan terus berlaku dalam kalangan semua masyarakat dan budaya pada setiap masa. Pemerolehan bahasa merupakan proses anak mulai mengenal komunikasi dengan lingkungannya secara verbal disebut dengan pemerolehan bahasa anak. Pemerolehan bahasa pertama (anak) terjadi bila anak yang sejak semula tanpa bahasa kini telah memperoleh satu bahasa. Pada masa pemerolehan bahasa anak, anak lebih mengarah pada fungsi komunikasi daripada bentuk bahasanya. Pemerolehan bahasa anak-anak dapat dikatakan mempunyai ciri kesinambungan, memiliki suatu rangkaian kesatuan, yang bergerak dari ucapan satu kata sederhana menuju gabungan kata yang lebih rumit. Ada dua pengertian mengenai pemerolehan bahasa. Pertama, pemerolehan bahasa mempunyai permulaan yang mendadak, tiba-tiba. Kedua, pemerolehan bahasa memiliki suatu permulaan yang gradual yang muncul dari prestasi-prestasi motorik, sosial, dan kognitif pralinguistik. Penelitian mengenai bahasa manusia telah menunjukkan banyak hal mengenai pemerolehan bahasa, mengenai apa yang dilakukan atau tidak dilakukan seorang anak ketika belajar atau memperoleh bahasa Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya.Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa.
1.1 Teori Pemerolehan Bahasa
Terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang pemerolehan bahasa.Oleh sebab pandangan yang berbeza-beza ini maka wujud pelbagai teori pemerolehan bahasa antaranya teori permeolehan bahasa Behaviouris dan teori Mentalis. Teori Behaviouris adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak.Teori ini juga dikenali sebagai teori mekanis.Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan darppada ahli keluarganya, khusus daripada ibu bapanya. Oleh hal demikian, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka.Kanak-kanak menguasi bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul.Teori ini berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperolehi. Teori ini juga menekankan perlakuan dan indivudu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Teori ini berpandangan bahawa “bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantungan pada ciri-ciri naluri manusia”.Justeru bahasa ialah proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas. Golongan Behaviouris berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perkataan itu. Latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan.Oleh itu kanak-kanak yang dilatih berulang kali akan dapat menguasi bahasa melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahasa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena mengena dengan fikiran atau daya mental. Pandangan dari teori Mentalis pula pemerolehan bahasa sebagai “proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental”. Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif menjelaskan bahasa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak.Oleh itu menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. Noami Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan bahasa atau LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai kebolahan semulajadi untuk menguasai bahasa.Mangatar (1987) juga berpendapat bahawa manusia memang dilahirkan bersama sesuatu yang membolehkannya berbahasa dengan mudah dan cepat. Beliau menyebut hal ini sebagai hipotesis nurani, iaitu sesuatu yang hadir dalam diri manusia. Golongan mentalis berpendapat bahasa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka perolehi.Mereka juga berpendapat bahwa manusia mempunyai kompentensi dan prestasi bahasa.Kompentensi bermaksud sebagi rumus- rumus yang ada dalam mental manusia manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.
1.2 Objektif
Kajian Bahasa merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis. Percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan. Selepas kajian ini selesai dijalankan,kanak-kanak adalah diharapkan akan mencapai objektif berikut:
1.2.1 Objektif Umum
Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran petuturan dengan tepat dan betul
1.2.2 Objektif Khusus
i) Meningkatkan kemahiran sebutan dengan betul.
ii) Meningkatkan keupayaan sebutan dengan tepat dan yakin serta difahami oleh orang lain.
iii) Meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak tersebut.
5 1.3 Definisi Operasional
1.3.1 Permasalahan
Membawa maksud sesuatu atau segala - gala yang menjadi masalah.Hal ini boleh dikatakan bahawa isu-isu tentang sesuatu yang menyusahkan Dan member impak negative dalam kalangan pelajar samaada dalam social mahupun dalam penggunaan bahasa yang sopan dalam komunikasi.
1.3.2 Pemerolehan bahasa
Merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia.Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan.
1.3.3 Dialek
Merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain).
1.3.4 Kanak-kanak
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.
1.4 Skop Kajian
Sampel bagi kajian ini terdiri daripada seorang kanak-kanak lelaki yang bertutur dielek Terengganu. Kajian ini adalah bertujuan untuk menangani masalah pertuturan kanak-kanak (kanak-kanak A) yang berusia 7 tahun berbanding adiknya (kanak-kanak B) yang berusia 3 tahun boleh berbahasa Bahasa Melayu dengan betul. Walaupun berada dalam satu bumbung yang sama. Hal ini berlaku kekeliruan bahasa kerana sebelum ini kanak-kanak A berpindah dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Sewaktu pemindahan itu berlaku kanak-kanak A baru berusia 2 tahun, sudah pandai menyebut perkataan dengan tepat. Contohnya ‘cicak’. Apabila tinggal di Terengganu pengasuhnya menyebut ‘cicok’.Kanak-kanak ini terus keliru perkembangan bahasanya mula lambat dan kurang jelas sebutannya serta hilang keyakinan diri. Apabila di rumah ibunya yang berasal dari Selangor dan bapanya berasal dari Perak menggunakan bahasa Melayu yang betul.Kekeliruan bahasa terus berlaku kerana kanak-kanak ini tinggal bersama pengasuhnya yang bertutur menggunakan dialek Terengganu. Bahasa dialek yang didengari setiap hari antar pengaruh dan ahli keluarganya turut pengaruhi bahasa kanak-kanak ini. Pengaruh dialek pengasuh amat kuat hingga kanak-kanak itu lama kelamaan dapat bertutur dialek Terengganu walaupun bercakap dengan kedua ibu bapanya.Perkara ini berterusan apabila menjejaki alam persekolahan dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Penggunaan dialek Terengganu telah sebati dalam dirinya. Manakala adiknya, kanak-kanak B sejak kecil di hantar ke pusat asuhan kanak-kanak (TASKA).Tinjauan yang dibuat di taska tersebut kakitangannya semua berasal dari Terengganu, walaupun begitu mereka menggunakan bahasa Melayu yang betul bila berinteraksi dengan anak-anak asuhan.Kanak-kanak B ini dapat berinteraksi dengan bahasa melayu dengan betul sama ada di rumah atau bermain dengan jiran.Walaupun rakan sepermainan bercakap menggunakan dialek Terengganu. Sehingga adakalanya mereka turut bertutur bahasa Melayu yang betul.
2.0 Kaedah Kajiaan
Pendekatan interaksi digunakan dalam kajian ini memandangkan subjek kajian yang dipilih selalu berpeluang berinteraksi pengasuhnya. Bentuk interaksi temubual ini terdiri daripada interaksi yang tidak dirancang. Sebagai langkah untuk menjamin data temubual yang lebih autentik, latar yang tidak dirancang digunakan. Temubual dengan kanak-kanak A dilakukan dalam pelbagai situasi dan keadaan dalam lingkungan keluarganya sendiri. Pengalaman kanak-kanak juga digunakan dan dianggap sebagai alat kajian ini. Transkripsi pertuturan subjek kajian ini dibuat dalam bentuk dan sistem ejaan fonemik. Transkripsi itu juga diberi padanannya dalam bahasa Melayu.
3.0 Analisa Data
Aspek linguistik yang dianalisis dalam kajian ini ialah sintaksis. Analisis akan dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kuantitatif melibatkan analisis distribusi dan pengiraan Min Panjang Ujaran atau Mean Length of Utterance (MLU) sebagai satu kaedah menentukan perkembangan bahasa kanak-kanak. MLU (Mean Length of Utterance) atau Min Panjang Ujaran merupakan satu jenis indeks untuk mengira perkembangan atau penguasaan bahasa kanak-kanak secara umum. MLU digunakan sebagai kayu pengukur produktiviti linguistik seseorang kanak-kanak. Kesahihannya amat bergantung kepada data yang dapat dikumpul oleh seseorang pengkaji. MLU yang diperoleh oleh seseorang kanak-kanak akan dirujuk kepada Jadual Acquisition of Sentence Forms Within Brown’s Stages of Development untuk menentukan peringkat pemerolehan atau perkembangan sintaksis kanak-kanak berkenaan. Cara pengiraan MLU adalah dengan membahagikan jumlah morfem dengan jumlah ujaran. Jumlah morfem MLU = ────────── Jumlah ujaran Data kajian dikumpul daripada transkripsi temubual bersama kanak-kanak tersebut. Hanya 20 ujaran kanak-kanak tersebut diambil kira sebagai sampel dalam kajian. Ayat-ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang menjadi subjek kajian dianalisis berdasarkan dua ciri utama sintaksis iaitu: (i) perkataan (ii) panjang ayat,
4.0 Dapatan Kajian
Berdasarkan perkataan dari data yang diperolehi didapati bahawa kanak kanak A paling kerap mengujarkan perkataan yang menggunakan huruf ‘g’ dibahagian belakangnya iaitu sebanyak 40% daripada keseluruhan ujarannya, Singkatan atau ayat ringkas ini merupakan strategi yang digunakan oleh kanak-kanak A untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepadanya. Subjek kajian sering menggunakan pengalaman hidupnya untuk memberi nama, menyatakan tujuan dan maksud atau jawapan bagi memenuhi pertanyaan yang dikemukakan, misalnya,
Situasi 1
(i) P:Sudah makan?
K: Makang doh. ( Sudah makan )
(ii) P: Makan apa?
K: Makang ikang.( Makan ikan )
(iii) P: Nak ke mana tu ?
K: Nok gi jalang .( Hendak pergi jalan-jalan)
Situasi 2
i) P: Abah pergi mana?
K: Aboh keje. ( Abah kerja)
ii) P: Abah pergi kerje dengan apa?
K Aboh keje ngan kete. ( Abah kerja dengan kereta)
Dapatan kajian hasil temubual dan perbualan semasa kajian yang telah dibuat.Kanak-kanak A lebih terpengaruh dengan bahasa yang diperolehi setiap hari dan melalui pemerhatiannya bersama dengan keluarga pengasuhnya.Perbualan pengasuh dengan ahli keluarganya menjadi ikutan kepada kanak-kanakA. Kesanya menjadi ikutan dan terbawa-bawa sehingga di rumah kanak-kanak itu sendiri.Apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam persekolahan situasi yang sama juga berlaku kerana rata-rata rakan-rakannya menggunakan dialek Terengganu semasa berbual sesama mereka.
Hasil dapatan kajian yang diperolehi hasil temubual dan pemerhatian yang dijalankan.
1 Makan m/a/k/a/n/g [ makaŋ ]
2 Jalan j/a/l/a/n/g [ jalaŋ ]
3 Main m/a/i/n [ maiŋ ]
4 Abah a/b/o/h [ aboh ]
5 Tidak mahu t/a/k/ m/b/o/h [ tak mboh ]
6 Duit p/i/t/i/h [ pitih ]
7 Nasi n/a/s/i/k [ nasik ]
8 Minum m/i/n/u/g [ minuŋ ]
9 Penat d/o/k/r/o/k [ dok rok ]
10 Ikan i/k/a/n/g [ ikaŋ]
11 Tidak suka t/a/k/m/b/o/h [ tak mboh ]
12 Kerja k/e/j/e [ keje]
13 Susah r/o/h/o/k [ rohok]
14 Buang t/o/h/o/k [ tohok]
15 Tidak boleh d/o/k/l/e/h [dok leh ]
16 Kenapa b/a/k/ p/e [bak pe]
17 Hodoh u/d/o/h [ udoh ]
18 Sedap sangat d/a/p/ n/g/a/t [dap ngat]
19 Kereta k/e/t/e [ kete ]
20 kepala p/a/l/e [ pale ]
Berdasarkan kajian yang dibuat perilaku bahas di bentuk melaui dengan peniruan seperti yang dikemukakan oleh pendekatan Behaviorisme. Pesekitaran memainkan pemerolehan bahasa seseorang kanak-kanak melalui orang disekelilingnya.Pembentukan ini terjadi melaui proses pembiasaan dan pengulangan. Teori yang dipelopori oleh BF Skinner yang menyatakan pendangan bahawa pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pelaziman operan,iaitu rasangan yang diasaskan kerana ganjaran dan peneguhan. Teori ini melakukan pengkajian terhadap pengalaman dari otaknya.Teori ini berpendapat bahasa bahasa terhasil daripada rangsangan dan gerakbalas yang bergantungan kepada cirri-ciri manusia. Perlakuan dan latih tubi amat penting dan jika inaya berlaku berulang kali permeolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan dan kebiasan pada penutur. Namun begitu pendapat golongan mentalis tidak juga boleh disangkalkan. Golongan ini menyatakan bahasa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka perolehi.Mereka juga berpendapat bahwa manusia mempunyai kompentensi dan prestasi bahasa. Kompentensi bermaksud sebagi rumus- rumus yang ada dalam mental manusia manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia. Keseluruhannya hasil dapatan dari kajian ini mempunyai pendekatan dengan pendapat Mangantar Simanjuntak (1982), bahawa pemerolehan bahasa seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidak sehebat kanak-kanak. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya. Sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian tentang pemerolehan bahasa sangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa boleh membantu bahkan menentukan kejayaan dalam bidang pengajaran bahasa. Cadangan dan Rumusan Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk mengatasi masalah permerolehan bahasa dialek dikalangan kanak-kanak.Jika tidak di atasi akan terbawa-bawa ke alam persekolahan yang bakal mempengaruhi cara pemikiran dan penulisan semasa membuat karangan terutamanya. Oleh itu bermula dari kecil lagi ibu bapa perlu membetulkan perkataan atau sebutan dialek yang diucapkan menjadi sebutan yang betul.Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Ibubapa memainkan peranan yang penting.Jangan menyerahkan tugas mendidik anak-anak semuanya kepada pengasuh. Kanak-kanak perlu ditegur jika melakukan kesilapan.Hubungan ibu bapa dengan anak akan menjadi akrab jikaberlaku interasi sesama mereka.Jangan sampai anak-anak menjadi tersisih dari keluarganya.Hanya kerana berbeza cara komunikasi. Proses penguasaan dan penggunaan bahasa yang baik dapat diteruskan dengan lebih berkesan melalui tabiat membaca. Kanak-kanak yang suka membaca akan berpeluang meluaskan fikiran dan memperbaiki penguasaan bahasa mereka dengan lebih baik. Ibu bapa dan para guru seharusnya menggalakkan anak-anak dan pelajar mengamalkan tabiat membaca.Dengan banyak membaca anak-anak dan para pelajar dapat bertutur dan berkomunikasi dengan baik dan sopan . Kebanyakan bahasa yang digunakan di dalam buku-buku adalah bahasa persuratan dan bahasa yang terbaik. Ini sudah tentu dapat mempengaruhi minda dan pertuturan kepada sesiapa yang membacanya.Bagi kanak-kanak pula, mereka mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka baca. Kebanyakan kanak-kanak akan bertutur atau berkomunikasi mengikut dan meniru apa yang mereka telah baca.
Kesimpulan
Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa aspek persekitaran memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak mulai mengenal komunikasi dengan lingkungannya secara verbal. Pemerolehan bahasa pertama anak terjadi bila anak yang sejak semula tanpa bahasa kini telah memperoleh satu bahasa. Pada masa pemerolehan bahasa kanak-kanak, lebih mengarah pada fungsi komunikasi daripada bentuk bahasanya. Pemerolehan bahasa kanak-kanak dapat dikatakan mempunyai ciri kesinambungan, memiliki suatu rangkaian kesatuan, yang bergerak dari ucapan satu kata sederhana menuju gabungan kata yang lebih rumit. Perkembangan pralinguistik ditandai oleh adanya pertukaran giliran antara orang tua khususnya ibu bapa dengan kanak-kanak. Pada masa perkembangan pralinguistik kanak-kanak mengembangkan konsep dirinya. Kata-kata yang pertama diperolehnya tahap ini lazimnya adalah kata yang menyatakan perbuatan, kata sosialisasi, kata yang menyatakan tempat, dan kata yang menyatakan pemerian. Walaupun perkembangan bahasa setiap anak sangat unik, namun ada persamaan umum pada kanak-kanak, ada persesuaian satu sama lain Kanak-kanak mengenali makna-makna berdasarkan persepsi mereka sendiri terhadap bunyi kata-kata yang didengarnya dipersekitaranya. Kanak-kanak menukar atau mengganti ucapan mereka sendiri dari waktu ke waktu menuju ucapan orang dewasa, dan apabila kanak-kanak mulai menghasilkan segmen bunyi tertentu, hal itu menjadi perbendaharaan mereka.

Bahasa Kasar

1.0 Pengenalan
(konsep bahasa tidak sopan)
Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang dipergunakan oleh para anggota kelompok sosial untuk bekerja sama, berkomunikasi, dan mengidentifikasikan diri. Kelompok sosial secara tradisional biasanya ditentukan oleh batas teritorial atau batas geografi yang nyata. Namun, dalam masyarakat moden dan pada era globalisasi ini masyarakat antara kelompok, negara dan budaya menjadi tidak ada. Salah satu penanda ikatan kelompok sosial yang biasa dijadikan identity negara salah satunya adalah bahasa. Oleh sebab itu terdapat berbagai variasi bahasa sebagai salah satu penanda kelompok.Dalam berkomunikasi, terdapat berbagai faktor penentu penggunaan bahasa iaitu penutur, topik, tujuan, konteks, jalur, dan media. Jalur lisan memiliki kriteria yang berbeza dengan tulisan, demikian juga penggunaan media, seperti surat kabar, majalah, radio, televisyen menunjukkan adanya variasi bahasa.

Bahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau ditulis, manakala bahasa halus ialah bahasa atau perkataan yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain, misalnya bahasa dalam kalangan raja-raja.
Bahasa kasar pula lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga.

2.0 Faktor-Faktor Menyebabkan berlakunya Bahasa Tidak Sopan
(4 faktor contoh n bukti)
Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini.
Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.
Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran